t>

Breaking News

Kesian - Mahkamah AS Tolak Usul Keluarga Jho Low Tuntut Aset Yang Disita Kerana #1MDB.

Keluarga hartawan Malaysia yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, gagal dalam usaha mereka untuk menuntut aset yang disita oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) apabila seorang hakim persekutuan AS menolak usul yang boleh memberi mereka masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.

Awal minggu ini empat anggota keluarga Low Taek Jho memfailkan usul untuk menangguhkan pendengaran pada 12 Disember kepada 23 Januari untuk membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk mencuba dan mendapatkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru.
Dalam keputusannya, Hakim Daerah AS Dale Fischer menolak kedua-dua usul untuk menangguhkan pendengaran itu dan satu permintaan yang berasingan untuk melanjutkan tarikh akhir untuk memfailkan tuntutan. Tiada sebab diberikan dalam kenyataan yang difailkan bertarikh Rabu.
Pendakwa raya persekutuan yang membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima bulan berlalu sejak Jabatan Kehakiman memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.
Low Taek Jho adalah antara individu yang dinamakan dalam saman sivil itu yang bertujuan untuk merampas aset bernilai AS$1bilion yang didakwa dari dana yang diselewengkan dari 1MDB dan dialihkan kepada hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga dan sebuah jet peribadi. - Malaysiakini.