Mana Pejuang Alam Sekitar Pada Tahun 2012, Nik Aziz Juga Musnahkan Blockade, Kenapa Tak Pertikaikan Soal Pemuda PAS Kelantan.

Almarhum Tok Guru Nik Aziz Guna Polis dan FRU Suraikan Blockade Orang Asli Tahun 2012 : Satu Catatan Sejarah Buat Si Pelupa

Oleh : Nazman bin Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan


1. Tajuk di atas adalah konotasi bersifat kontroversi. Ia satu ayat yang matlamatnya mencari populariti dan berniat mahu menarik minat pembaca dengan mudah. Saya kira jika Parti Amanah sudah wujud pada tahun 2012, maka inilah tajuk tulisan akhbar, Facebook dan juga sebaran Whatsapp mereka. Adakah tuan tuan setuju? Atau sangsi akan keberanian mereka dalam berdepan dengan ketegasan Almarhum Tok Guru? 

2. Sejarah tidak akan pernah menipu. Tahun 2012 adalah tahun di mana perjuangan masyarakat orang asli mencapai satu kemuncaknya di negara ini. Kebangkitan orang asli memperjuangkan tuntutan mereka berlaku di Pahang, Perak, Kelantan dan negeri negeri lainnya pada tahun tersebut. Ia ibarat satu gelombang nasional. 

3. Pada 17hb Oktober 2012, seramai kira-kira 120 Orang Asli melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) telah sekali lagi berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang bagi menyerahkan memorandum yang didakwa ditandatangani oleh 6,000 orang asli Pahang, mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan bin Yaakob. 

4. Tuntutan mereka agak banyak yang mana antaranya adalah mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat Orang Asli dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampasan sewajarnya di atas "kerugian" yang mereka alami. Selain itu, mereka juga gesa kerajaan supaya membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat Orang Asli bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat Orang Asli mengikut peta komuniti mereka. 

5. Bahkan awal sebelum itu, iaitu pada 17 Mac 2010 satu demontrasi besar besaran yang telah menghimpunkan ribuan orang asli di Putrajaya telah dilakukan hasil anjuran bersama antara Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Ia adalah satu perhimpunan mega yang mana diberi perhatian khusus oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada waktu tersebut iaitu Datuk Seri Shafie Apdal. Tema rapat umum mereka adalah "Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati, Jangan Hapuskan Akta Kami dan Iktirafkan Wilayah Adat Kami". 

6. Sejarah juga dirakam apabila pada bulan Disember tahun 2008 di Johor, Orang Asli dalam saman sivil mereka, telah menamakan pengarah Jabatan Tanah dan Galian negeri, Majlis Bandaraya Johor Baharu dan JHEOA sebagai defendan. Mereka memulakan saman ini apabila menerima arahan untuk berpindah ke Kampung Orang Asli Kuala Masai daripada Majlis Bandaraya Johor Baharu pada 1993 atas alasan tapak yang mereka duduki bakal dibangunkan. Kerajaan negeri Johor seterusnya terpaksa membayar pampasan kepada Orang Asli daripada suku kaum Orang Selat berhubung pengusiran mereka dari tanah mereka di Stulang Laut dan perobohan gereja kecil mereka sembilan tahun sebelumnya. 

7. Ini adalah beberapa kerat sahaja coretan dan rakaman sejarah akan krisis panjang di antara pihak masyarakat orang asli dengan kerajaan negeri, kerajaan pusat malahan pihak PBT di negara ini sejak puluhan tahun yang lampau. Ada kebenaran yang berada di sisi pihak orang asli dan ada juga dalam banyak masa, kebenaran serta fakta kes berada di pihak kerajaan. Tuntutan masyarakat orang asli begitu pelbagai dan mendasar sifatnya di mana mana negeri pun. 

8. Kelantan tidak terkecuali dalam soal tuntutan dan juga kehendak masyarakat orang asli yang mahu dipenuhi oleh mereka. Ada tuntutan yang mudah dan bersifat asas sahaja. Namun, banyak juga perkara yang dituntut oleh mereka bersifat kompleks dan memerlukan masa serta keprihatinan yang mendalam oleh pihak kerajaan. Ia bakal melibatkan banyak dasar, peraturan dan undang undang sedia ada di negara ini. Ia tidak semudah menghantar memorandum pada hari ini, dan mahu memastikan semua kehendak dan tuntutan kita akan dipenuhi oleh kerajaan pada awal esok paginya. 

9. Serangan keterlaluan oleh beberapa kerat parti pembangkang yang membawa ideologi politik sempit di negeri ini yang sengaja mahu menjadi batu api agak dikesali. Mereka secara perse terus menuduh kerajaan negeri sebagai lebih zalim daripada kerajaan Myanmar ke atas kaum Rohingya, kerajaan negeri adalah Yahudi dan Zionis, zalim dan jahat, mencela dan mencelakakan pimpinan kerajaan negeri dan perlbagai lagi kata serta ayat makian yang tak sanggup saya tuliskan di sini, atas nama kononnya sayangkan hutan dan perjuangkan hak orang asli. 

10. Sedarkah mereka bahawa tindakan pihak polis, PGA, JPNK dan pelbagai lagi agensi kerajaan pusat yang lainnya dalam isu blockade pada hari ini adalah sama sahaja dengan apa yang berlaku pada zaman ATGNA tahun 2012 dahulu? Dan apakah pada waktu itu mereka tidak merasakan tindakan Almarhum tersebut sebagai satu "kejahatan dan kezaliman"? Atau mereka masih belum cintakan alam sekitar pada tahun itu? Belum kenal pokok balak malahan belum sedar bahawa orang asli sebenarnya wujud di negeri ini? Atau bagaimana?

Share this :

Previous
Next Post »