t>

Breaking News

Pasangan Suami Isteri Ini Mungkin Terpaksa Bercerai Disebabkan PAS. #Politik

Kerana terlalu sayangkan PAS. Si suami percaya dia akan ke neraka jika tidak memperjuangkan dasar-dasar Islam yang seringkali diketengahkan oleh PAS.

Kerana tidak dapat menerima PAS. Si isteri percaya dia akan ke neraka kerana tidak mampu taat kepada suami.

Konflik rumahtangga ini sebenarnya diviralkan oleh si isteri kepada pasangan tersebut menerusi media sosial. Bukan cara yang betul untuk menyelesaikan masalah sebenarnya memandangkan isu rumahtangga ini seharusnya diselesaikan melalui jalan perbincangan secara face to face.

Puan Asiah menulis.


"Encik suami takut masuk neraka kalau dia tak berjuang dan berkorban untuk PAS"

Statement satu hala satu emosi ini dibaca sebagai encik suami sebagai taksub PAS. Dan kemudiannya encik suami itu dikritik oleh pengikut-pengikut partisan yang tidak mesra kepada PAS dengan pelbagai tanggapan negatif.

Boleh jadi ya juga encik suaminya taksub PAS. Tetapi cara si isteri menggunakan media sosial untuk meraih sensasi sebenarnya kurang tepat. Apatah lagi melabel suami sendiri sebagai "walaun parti syurga".

Jika, label-label sebegini diberikan kepada penyokong-penyokong parti selain dari PAS, mereka juga akan merasa marah dan geram. Itu jika penyokong melabel penyokong. Jika isteri melabel suami, bagaimana pula perasaannya?

Sebenarnya nak mencari kaunselor rumah-tangga takde masalah tetapi bercerita tentang masalah rumahtangga secara terbuka kurang tepat. Campurtangan pihak luar selalunya mengundang kekeruhan bukannya mendamaikan.

Melainkan masalah rumahtangga itu melibatkan kecederaan, keganasan dan jenayah selain dari itu lebih baik dikongsikan kepada keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Sebetulnya. Secara emosi menceritakan dan mengkritik suami sendiri kerana enggan berkompromi dengan pegangan politik suami pun merupakan satu ketaksuban juga.

Dalam rumahtangga hanya ada 3 pihak yang betul-betul arif tentang suasana rumahtangga yang didiami oleh pasangan tersebut iaitu, suami, isteri dan anak-anak. Oleh kerana itu justifikasi yang diberikan oleh pihak luar kecenderungan untuk berat sebelah, berpihak adalah sangat tinggi kerana mereka tidak mengetahui keseluruhan kandungan cerita, hanya mengetahui sekerat di sana sekerat disini.

Contohnya. Di FB Puan Asiah, kebanyakkan mereka menyokong Puan Asiah kerana mereka ialah kawan-kawan Puan Asiah. Sokongan itu datang dari unsur diskriminasi yang berpandukan hubungan 'kawan-kawan' bukan kerana mereka mengetahui keseluruhan cerita.

Begitulah sebaliknya jika suami Puan Asiah berkongsikan cerita yang sama. Mereka, pihak-pihak luar ini memberikan pandangan yang bias kerana berdasarkan hubungan, pandangan politik dan gender, bukan kerana mereka mengetahui keseluruhan cerita.

Dalam soal ini, penulis mencadangkan kepada mana-mana pasangan yang menghadapi masalah persefahaman disebabkan pandangan politik pasangan berbuat demikian ;

1. Jangan kongsikan masalah di fb masing-masing. Sebaliknya carila teman akrab untuk berkongsikan masalah bagi melegakan perasaan dan meredakan ketegangan emosi.

2. Minta pendapat dari orang yang pakar. Pengomen-pengomen di fb mereka bukanlah di kalangan yang pakar menyelesaikan masalah, mereka adalah pakar yang menambah serabutkan masalah. 

3. Jika perlu kaunselor rumah-tangga, google. Akan keluar beberapa pilihan. (klik sini) Dan buatla pilihan yang mendekati kehendak ahti.

4. Berbincang dengan ahli keluarga. Minta pendapat. Jangan tanya pada seorang. Sebaliknya minta la pendapat 5,6 orang.

5. Kena akui dan terima kesalahan diri juga. Jangan fikir diri sendiri perfect dan pasangan serba kekurangan.

6. Jangan sesekali kutuk dan kritik pasangan di fb.

7. Jika perlu bercerai, uruskan proses perceraian cara baik. Tak perlu bergaduh sehingga meresahkan anak-anak. Perceraian tidak salah. Tetapi cara kita menguruskan seringkali menimbulkan masalah disebabkan sikap ego, keras ahti dan enggan tolenrasi. 

Sebenarnya cinta dan perasaan kasih sayang bukan suatu yang boleh dipaksa-paksa oleh itu jika pasangan menuntut cerai kerana hilangnya rasa cinta sebaiknya kita terima perubahan pasangan dengan sepositif yang mungkin kerana perasaan kasih kita terhadapnya juga akan hilang ditelan masa (meskipun agak memakan masa dan terluka kerana ditinggalkan). 

Manakala, jika mahu bercerai disebabkan pandangan politik dan sebagainya, itu bermaksud rasa cinta masih ada tetapi kurangnya rasa persefahaman dan tolenrasi yang membuatkan pertelingkahan sering terjadi. Oleh itu, sebaiknya pasangan seharusnya belajar mengawal emosi dan tidak terlalu mengikut kata ahti dan mencari jalan terbaik untuk bertolenrasi atas beberapa perbezaan supaya ianya dapat diuruskan cara terbaik. 

Tak boleh paksa si suami untuk keluar dari PAS jika dia enggan sebaiknya isteri seharusnya bersikap terbuka dengan pilihan suami dan meraikan keputusan tersebut.

Melainkan disebabkan PAS suami abaikan tanggungjawab pada keluarga dan anak-anak, berbuat zalim dan jenayah.

Jika suami memaksa isteri menyokong PAS, ia juga tidak boleh. Seharusnya suami hormati pandangan si isteri dalam isu-isu berkaitan politik dan sebagainya. Berbeza pandangan tiada masalah tetapi cara kita menguruskan perbezaan itu yang penting.

Harapnya Puan Asiah dapat selesaikan masalah rumahtangganya dengan baik tanpa melibatkan perceraian kerana kasihan pada anak-anak yang bakal menjadi mangsa disebabkan masalah rumahtangga Puan Asiah bukan isu kehilangan cinta dan kasih sayang sebaliknya hanya kerana gagal uruskan perbezaan pandangan semata-mata. Pendek kata, kalau pandai bertolenrasi insya-Allah ada la penyelesaiannya.