t>

Breaking News

Pintu Pesawat Bergegar, MH1 Berpatah Balik Ke London.

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH1 yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow, London ke Kuala Lumpur, malam tadi terpaksa berpatah balik kerana mengalami masalah teknikal pada pintu sehingga menghasilkan gegaran dan bunyi kuat. 


Pesawat itu yang berlepas pada jam 9.58 malam tadi waktu tempatan (jam 5.58 pagi ini waktu Malaysia), dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6.25 petang ini. 

Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam kenyataan hari ini, menjelaskan masalah itu disedari ketika pesawat Airbus A380-800 itu berada di ruang udara Jerman. 

Berikutan itu, juruterbang mengambil keputusan berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow

"Bunyi bising dan gegaran pada pintu pesawat ketika itu tidak memberi sebarang risiko, namun juruterbang berpatah balik ke London kerana keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami. 

"Pesawat MH1 yang ketika ini masih dalam perjalanan ke London, akan diperiksa oleh jurutera dan pegawai teknikal Airbus sebaik mendarat nanti. 

"Sebarang perkembangan lanjut untuk penumpang dan media akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Sumber : Berita Harian.