t>

Breaking News

Saya Minta Maaf Beli Rumah Encik, Jangan Bimbang, Saya Give Up 44k, Encik Dudukla Disitu - Pembeli Rumah Lelong Kepada Tuan Rumah

Surat dari pembeli rumah lelong kepada tuan rumah yang dilelong. Ianya diviralkan oleh wartawan yang bertugas di Utusan Malaysia, Siti Na'imah Mohammad.

"Malangnya saya tak dapat laporkan.."



Apa yang berlaku ialah;




Pembeli rumah ditipu oleh pihak bank juga. Memetik laporan dari NSTP, pembeli membeli rumah tersebut dengan harga 200,000, pada 15 tahun lepas dan selama 13 tahun tak pernah gagal bayar ansurans. Pembeli perlu membayar ansurans bulanan sebanyak 1,800 sebulan.

Dua tahun lepas pembeli menghadapi masalah membayar ansurans bulanan disebabkan ketua keluarga kehilangan pekerjaan. 

Sebelum ini pembeli juga telah membayar 40,000 kepada wakil bank bagi menghalang pengisytiharan bankrupsi dan menghalang rumah dari dilelong dengan meminjam wang dari sanak saudara dan rakan-rakan namun rumah mereka tetap dilelong, setakat ini sudah dilelong sebanyak 4 kali. Wang yang dibayar kepada wakil bank juga dianggap 'tidak dapat dikesan'.

Disebalik masalah yang dihadapi oleh tuan rumah, tampilnya seorang lelaki yang bersimpati dengan keadaan keluarga itu. Lelaki itu dikenali dengan nama Lee Hui Sen.

Lee Hui Sen ialah individu yang telah membeli rumah keluarga tersebut, yang pernah dilelong suatu ketika dahulu. Tindakan Lee Hui Sen ini sebenarnya telah membantu keluarga itu kerana ini menjadikan rumah tersebut agak sukar untuk dilelong semula pada pembeli-pembeli lain yang berminat.

Bukan itu sahaja, deposit 10% sebanyak 44,500 juga rela dilupakan oleh Lee Hui Sen bagi membantu keluarga yang tersepit itu.

Ini surat Lee Hui Sen yang ditujukan kepada tuan punya rumah lelong.



Status di fb Siti Na'imah Mohammad kini dikongsikan sebanyak 2,794 kali setakat ini. Kisah ini mendapat perhatian masyarakat disebabkan kebaikan ahti Lee Hui See yang sanggup melupakan wang depositnya sebanyak 40,000 semata-mata mahu membantu keluarga malang tersebut yang bukan sahaja berhadapan dengan risiko rumah dilelong malahan ditipu oleh pihak bank juga.

Untuk rekod, pihak bank juga enggan peduli dan bertemu dengan wakil PPIM bagi membincangkan masalah berkenaan. - Sozcyilli.