Sekali Lagi Sami Buddha Berdemo Kutuk Najib Di Myammar Atas Isu Rohingya.

Beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas kerajaan Myanmar, kira-kira 100 orang dipimpin sekumpulan sami Buddha berhimpun di pusat bandar Yangon mempertahankan polisi negara itu terhadap penduduk Rohingya.

Mereka juga membidas Najib kerana memberi tekanan ke atas Myanmar.
Ia merupakan protes anti-Malaysia yang kedua di Yangon.
Sabtu lepas, protes di luar kedutaan Malaysia membidas Malaysia kerana “campurtangan” isu dasar menekan penduduk Rohingya.
“Orang Benggali yang memanggil diri mereka Rohingya bukan rakyat Myanmar,” kata sami Parmaukkha kepada sekumpulan kecil yang hadir di luar kedutaan Malaysia di Yangon, Sabtu lalu.
“Yang menggalakkan keganasan ialah perdana menteri Malaysia, dia juga seorang pengganas,” katanya dipetik Bangkok Post.
Semalam, Najib berucap di Himpunan Solidariti Ummah bagi menyatakan sokongan kepada penduduk Rohingya, dihadiri kira-kira 10,000 orang termasuk pimpinan tertinggi PAS.
Najib berkata beliau tidak mempedulikan kerajaan Myanmar yang menyatakan rasa tidak senang terhadap penyertaannya dalam acara itu.
“Myanmar anggap saya campur tangan dalam urusan (dalaman mereka). Dia gertak saya, saya tak peduli.
“Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Myanmar, nak beritahu kepada (kaunselor negara) Aung Sang Suu Kyi – ‘enough is enough’,” katanya merujuk ikon demokrasi Myanmar, Suu Kyi yang kini berdepan kecaman antarabangsa.
Wilayah Arakan kembali bergolak selepas serangan terbaru ke atas penduduk Rohingya, yang dinafikan hak kewarganegaraan oleh Myanmar susulan pindaan perlembagaan.
Dalam serangan terbaru, lebih 10,000 penduduk Rohingya dilaporkan melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Share this :

Previous
Next Post »