Selepas Najib, Rakyat Myammar Hina Agung Pula, Suarakan Protes Halang Campurtangan Isu Rohingya.

Sekumpulan rakyat Myanmar yang radikal didakwa menghina gambar Yang di-Pertuan Agong dalam satu himpunan tunjuk perasaan yang diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di negara tersebut baru-baru ini.


Melalui gambar yang tersebar di media sosial sejak malam tadi, kumpulan tersebut dilihat mengantung seluar dalam dan selipar buruk bersama gambar Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang dikatakan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Myanmar.

Tinjauan yang dilakukan di media sosial mendapati, rata-rata rakyat Malaysia mengecam tindakan tersebut sambil menyifatkan ia sebagai sebagai biadap dan kurang ajar.

Rakyat Malaysia sebelum ini mengutuk perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan juta tentera Myanmar yang membunuh, membakar, merogol dan menindas rakyat minoriti Rohingya di wilayah Rakhine. - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »