t>

Breaking News

Silakan, Malaysia Sambut Baik Larangan Myammar Halang Rakyat Bekerja Di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar melarang rakyatnya bekerja di Malaysia. 

“Keputusan itu tidak akan memberi akibat langsung kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup perhimpunan Agung Parti IPF ke-24 di sini, hari ini. 


Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata demikian apabila diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Myanmar yang melarang rakyatnya bekerja di Malaysia berkuat kuasa 6 Dis lepas. 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Imigresen Myanmar mengumumkan pihaknya menghentikan pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia. 

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot pula dilaporkan berkata pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berhubung larangan itu. - FMT.