t>

Breaking News

Song Ji Hyo & Kim Jong Kok Sah Meninggalkan Running Man Selepas Kang Gary.

Hampir dua bulan selepas Kang Gary meninggalkan Running Man, peminat dikejutkan dengan laporan dua lagi anggota asal program variasi popular itu, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook mengikut jejak sama.

Wakil syarikat pengurusan Ji Hyo iaitu MY Company, mengesahkan aktres berusia 35 tahun itu sudah berbincang dengan penerbit mengenai keputusannya meninggalkan Running Man.
Bagaimanapun, tidak diketahui tarikh sebenar ia berkuat kuasa.
"Memang ada perbincangan panjang lebar dengan penerbit kerana Ji Hyo berdepan masalah sukar mempromosikan drama dan Running Man serentak.
"Perancangan Ji Hyo sebaik meninggalkan Running Man adalah menumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonan. Cuma tarikh akhir pembabitannya dalam program variasi itu belum dapat dipastikan," katanya.
Selama ini, gandingan si jelita yang digelar peminat sebagai Goddes dengan Kang Gary, 38, digemari ramai. Malah, mereka turut digelar 'Monday Couple'.
Sementara itu, Maroo Entertainment yang mewakili Jong Kook juga mengesahkan bintang itu bakal meninggalkan Running Man.
"Ya, Jong Kook sudah mengambil keputusan keluar daripada Running Man. Dia akan meneruskan kerjaya solo dalam bidang muzik selain muncul kembali bersama Turbo," katanya.
Syarikat terbabit menjelaskan, episod terakhir yang akan dirakamkan bintang berusia 40 tahun itu adalah pada 19 Disember ini.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman mendedahkan Running Man bakal menyaksikan kehadiran pelawak dan pelakon, Kang Ho Dong, 46, yang sebelum ini pernah mengendalikan rancangan X-Man pada tahun 2006.
Selepas ketiadaan Gary, Ji Hyo dan Jong Kook, program yang menjadi fenomena sejak direalisasikan pada tahun 2010 itu kini hanya tinggal Yoo Jae Suk, HaHa , Ji Suk Jin dan Lee Kwang Sook.
Sumber : Berita Harian.