t>

Breaking News

TFPW : Harith Iskander Muncul Sebagai Juara Lawak Dunia - Tahniah!

Pelakon dan pengacara Harith Iskander menjuarai pertandingan The Funniest Person In The World dan muncul sebagai orang paling kelakar di dunia.
Harith telah menewaskan empat peserta akhir - Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino van Nassau dari India dan David Kilimnick dari Israel, lapor Star Online sebentar tadi.
Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845).
"Congratulations @HarithIskander- #LaughFactory's Funniest Person in the World for 2016," kata penganjur Laugh Factory di Twitter rasmi mereka.
Penganjurnya, Laugh Factory, adalah satu rangkaian kelab komedi di Amerika Syarikat yang telah melahirkan beberapa nama besar termasuk Chris Rock, Dave Chappelle dan Jay Leno.