t>

Breaking News

Ada Apa Dengan No Plat WWC 8908 Sehingga Diburu Oleh Netizens Beramai-Ramai?

WWC 8908.

Itulah nombor platnya. Nombor plat kesayangan yang 'jatuh, lalu mati tergolek' kerana dilanggar oleh pemandu lori baru-baru ini. 

Bagi membela kematian tragis nombor plat tersebut, pengawal seorang Datuk dan beberapa individu lain telah membantai seorang pemandu lori secara berama-ramai di kawasan terbuka sehingga ianya menjadi viral di laman sosial selepas rakaman tentang perbuatan tersebut didedahkan di laman sosial menerusi satu rakaman video oleh orang awam.

Dan ia pun mati dilanggar oleh lori..


Menurut maklumat dari Kosmo, pengawal kepada Datuk tersebut kini dalam tahanan polis.



AKHIRNYA 'BODYGUARD' SAMSENG KAKI PUKUL 'KE DALAM' JUA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang lelaki yang disyaki 'bodyguard' yang memukul seorang pemandu lori sehingga lunyai baru-baru ini ditahan bagi membantu siasatan.

Tan Sri Khalid juga mengesahkan bahawa beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya untuk mengesan saki baki rakan suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan udang-undang dan akan sentiasa memeliharanya serta tidak akan sesekali membiarkan perkara seumpama ini berlaku lagi.

Sumber: Kosmo


Kisah sebenar disebalik kejadian.


Memetik laporan The Reporter, Berdasarkan keterangan dari pengawal keselamatan warga Nepal, Adhikari Dilli Ram, 28, berkata, mangsa, Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, yang memandu lori berwarna merah datang menghantar roti dan air jus di mini market kondominium tersebut. 


20 minit kemudian, sebuah kereta Mercedes Benz yang dinaiki oleh tiga lelaki Melayu dan seorang lelaki India meletakkan kenderaannya di bahagian drop off, di belakang lori tersebut untuk menghadiri majlis. 

Pemandu lori yang telah selesai menghantar barang ingin beredar dan secara tiba-tiba semasa berundur, dia telah terlanggar bahagian hadapan kereta Mercedez tersebut sehingga mencetuskan pertengkaran dan pergelutan di antara kedua-dua pihak. Kejadian itu juga menyebabkan 4 lagi lekaki yang tidak dikenali masuk campur membelasah pemandu lori berkenaan. 

Hasil siasatan awal mendapati, Nasrul menyatakan berlaku sedikit salah faham di antara dia dengan pemandu Mercedez berkenaan sehingga mencetuskan pergaduhan yang menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan. 

Namun selepas kejadian itu reda, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan baik dan segala kos kerugian yang dialami oleh pemilik Mercedez itu akan ditanggung oleh majikan Nasrul. Kos rawatan Nasrul juga akan ditanggung oleh majikannya, manakala kos rawatan pemandu itu akan ditanggung sendiri. 

Difahamkan juga, kedua-dua pihak tidak membuat laporan polis kerana menganggap kejadian itu telah diselesaikan dan mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak.

Pergerakan WWC 8908 kini didalam perhatian netizens.














Susulan dari penyebaran rakaman aksi bantai membantai beramai-ramai yang dilakukan ke atas pemandu lori tersebut, netizens kini bersatu-padu menunjukkan solidariti terhadap pemandu lori, yang menjadi mangsa dalam kes ini. 

Ini bagi menyatakan bantahan terbuka terhadap tindakan beberapa individu yang membelasah pemandu lori tersebut pada 14 Januari lepas.

Mereka 'memburu' nombor plat WWC 8908 di atas jalanraya. Ini bermaksud setiap kali kenderaan tersebut berada di atas jalanraya, pastinya orang awam terfikir.. ahh jadi inila pemilik kenderaan yang mana pengawal peribadinya telah membantai seorang pemandu lori disebabkan satu insiden salah faham..

Kini walau di mana sahaja WWC 8908 berada, seluruh perhatian pasti tertumpu kepada individu yang menaiki kenderaan tersebut disebabkan satu insiden keganasan.. orang lain akan mula memandang semacam.. pastinya rasa malu untuk terus menggunakan nombor plat tersebut, kan?

Muahahahaha..