t>

Breaking News

Aksi Berani Mati - MBI Lapor Polis, Netizens Kritik Tindakan Sebagai Aktiviti Tidak Berfaedah, Jika Terjatuh Padan Muka.

Pada awalnya salah seorang ahli perempuan yang berusia 23 tahun dari kumpulan remaja tersebut berkongsikan beberapa gambar dan video di laman sosial tentang aktiviti kumpulan mereka yang memanjat mercu tanda Ipoh.

Perkongsian gambar-gambar tersebut kemudiannya menjadi viral kerana netizens mengkritik perbuatan tersebut. Walaupun ada yang menyokong aksi tersebut namun rata-ratanya memilih untuk mengkritik. 

Kata mereka, jika salah seorangnya jatuh dan maut ia bukan saja meninggalkan kesan trauma terhadap ahli kumpulan bahkan kepada ahli keluarga juga.

Malahan ada yang mempersoalkan motif menyebarkan perbuatan tersebut kepada umum seolah-olah mengajak dan mempengaruhi masyarakat diluar sana mencontohi keberanian mereka.







Selain gambar terdapat juga rakaman video yang dikongsikan bersama. Menurut Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) satu laporan polis akan dibuat berikutan tindakan kumpulan pendaki tersebut yang memanjat mercu tanda Ipoh.

MBI juga menyatakan jika terdapat sebarang insiden pada masa akan datang yang melibatkan mercu tanda Ipoh, contohnya jika mercu tanda IPOH tumbang dan menimpa pengguna jalanraya, ia berkemungkinan berpunca dari tindakan pencerobohan kumpulan pendaki tersebut.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan oleh MBI dan laporan polis dibuat supaya tindakan tegas dapat diambil sebagai satu pengajaran kata MBI lagi.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man turut menafikan pernah memberikan keizinan kepada kumpulan pendaki tersebut untuk memanjat binaan terbabit. Sebelum ini turut dilaporkan salah seorang pendaki menyatakan telah diberikan keizinan untuk memanjat mercu tanda Ipoh. 

"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu yang memanjat. Selain itu, tindakan akan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya lagi dalam satu kenyataan. - Sozcyili.