t>

Breaking News

Alif Syukri Tipu, Dia Curi 3 Kopiah Saya Kata Penjual Kopiah, Selepas Didesak Netizens, Dato Aliff Syukri Mengaku Salah Dan Membuat Permohonan Maaf.

Sebelum ini dilaporkan oleh Mynewshub, PROGRAM TV Oh Abang Kosmetik (OAK) yang memaparkan realiti kehidupan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mendapat respon positif daripada netizen sejak mula ditayangkan 9 Januari lalu.

Selepas tiga episod ditayangkan, timbul pula cerita kurang enak apabila Aliff Syukri didakwa mengaibkan seorang peniaga kopiah yang dipaparkan dalam program terbitan Astro itu.
Pemilik yang dikenali sebagai Shamsani atau menggunakan nama Jebat Derhaka di laman Facebook memuat naik kenyataan menafikan layanannya terhadap Alif Syukri yang menyamar sebagai peminta sedekah ketika itu sebagai biadap.
Menurutnya, pada hari rakaman yang berlaku pada Disember tahun lalu, Aliff Syukri menghampiri kedainya dan mengambil tiga helai kopiah tanpa membuat sebarang bayaran.
Datuk ambil 3 kopiah, bukannya satu - Penjual Kopiah.
“Kenapa Datuk tidak menceritakan hal yang betul-betul berlaku pada hari tersebut. Datuk kata hanya ambil satu kopiah sahaja tetapi tiga yang diambil.
“Sebagai peniaga salahkah saya mempertahankan barangan jualan saya dari dicuri orang,” katanya seperti yang dipetik dari status Facebook.
Berikutan dari penjelasan tersebut dan menjadi viral, Datuk Aliff Syukri akhirnya digasak dan dikritik netizens bagi melakukan permohonan maaf secara terbuka.
"Bila Ustaz tegur kata aib Dato, sekarang Dato aib orang, satu Malaysia tahu, dah kaya bukan nak buat program tolong melayu tapi menindas dalam diam", kata Ze Li, salah seorang pemilik account FB yang mengkritik tindakan Dato Aliff Syukri.
"Kita bukan selamanya di atas, cuba kalau orang masuk kedai Dato ambil ubat, marah tak? Sampai tiga pula tu", kata Takasugi Reta yang turut mengkritik Dato Aliff Syukri.
Disebabkan kritikan berterusan dan desakan bertubi-tubi dari netizens ke atas pengasas D'herbs itu, akhirnya Dato Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Kes tersebut diselesaikan secara baik apabila pemilik perniagaan kopiah itu turut menyatakan telah menerima permohonan maaf tersebut.
Seperti yang tersiar di fb Dato Aliff Syukri.
Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi. 

Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut. 

Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina. Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya. 

Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. 

Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri. 

Saya amat hargai sokongan moral anda semua. Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik sory saya lambat respon saya tak perasan jadi viral sebab tengah shooting filem badang seharian