Cabutan Loteri (Berjudi) Untuk Bantu Kerja-Kerja Amal & Biasiswa Kata Menteri Respon Kepada Pembangkang YG Cadang Hapus Loteri.

Syarikat loteri dan nombor ramalan dibenar mengadakan cabutan khas pada hari-hari tertentu bagi membolehkan keuntungannya disalur untuk kegiatan amal

Justeru, kata Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Lee Chee Leong, cabutan khas hari tertentu selain cabutan tetap pada hujung minggu itu tidak wajar dipertikaikan. 

"Sejak insiden wabak Nipah pada 1999, kerajaan membenarkan cabutan khas pada hari Selasa tertentu bagi membolehkan hasilnya disalurkan sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa wabak ketika itu. 

"Namun selepas wabak itu, kerajaan tetap meneruskan cabutan khas selain setiap hari Rabu dan hujung minggu, bagi membolehkan syarikat-syarikat loteri menyalurkan keuntungan mereka dalam bentuk biasiswa, pembiayaan sukan dan bantuan kepada badan-badan amal," katanya kepada pemberita, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pembangkang supaya cabutan khas loteri dimansuhkan kerana merugikan rakyat. 

Terdahulu, Chee Leong menyampaikan sumbangan angpau dan hamper kepada 3,000 warga emas dari sekitar Lembah Klang sempena sambutan Tahun Baharu Cina. 

Sumbangan itu disediakan Sports Toto Malaysia Sdn Bhd yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk diagihkan kepada 16,000 warga emas di seluruh negara. - Bernama

Share this :

Previous
Next Post »