t>

Breaking News

Dr. Rozaimi Cadang PAS Dibubarkan? - Ini Penjelasan Kepada Penyokong PAS, Tak Payah Nak Kutuk RORA Sangatlah!

Oleh : Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith


Ramai yang mahu penjelasan saya tentang isu dalam printscreen ini. Baiklah saya huraikan dalam point berikut: 

1. Ini keratan dari komen-komen panjang saya bersama seorang pengguna FB yang memberi komen di FB saya. Untuk mendapatkan isi penting dalam komen ini perlu membaca keseluruhan perbincangan. 

2. Beliau seolah menyatakan perbezaan pandangan merupakan perpecahan sedangkan saya tidak menganggapnya setiap perbezaan pandangan adalah perpecahan. 

3. Oleh kerana dia anggap perbezaan pandangan adalah perpecahan maka saya mengusulkan beliau supaya bubarkan pas dan bergabung dengan parti lain. Mengapa? Kerana mengikut pandangan dia perbezaan pandangan adalah perpecahan dan beliau bencikan perpecahan. Ini supaya beliau konsisten dalam pandangan beliau. 

4. Oleh kerana dia bencikan perpecahan dan menganggap semua perbezaan pandangan adalah perpecaha maka beliau juga sepatutnya mengusulkan supaya tiada lagi 4 mazhab kerana ia adalah perbezaan pandangan. 

Maka ia adalah perpecahan menurut beliau yang patut dielakkan. Sedangkan saya tidak menganggapnya perpecahan. Ia hanya perbezaan pandangan dan jika ada perpecahan pun ia bukan disebabkan oleh perbezaan pandangan tetapi ia berpunca dari ketaksuban pengikut. 

Fahami isu sebelum nak hentam. Sama seperti kita bukan menentang gencatan senjata. 

Tetapi kita mengkritik seseorang yang memuji Iran semata dan menyalahkan negara Teluk lain dalam ucapannya berkaitan isu Syria. 

Dr. Rozaimi Ramle