Haramkan Sahaja Poligami Kata Peguam Ini Dan Cadangannya Disokong Oleh Ramai Netizens.

Satu status menjadi viral di laman Facebook apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang mempersoalkan tujuan sebenar lelaki berpoligami pada masakini. 

Haramkan Poligami
Gambar Kredit : Mynewsviral

Wanita terbabit yang menggunakan nama Asiah Abd Jalil, mendakwa lelaki hanya berpoligami hanya disebabkan nafsu semata-mata dan bukannya kerana takutkan Allah.

“Lelaki yang berpoligami ni rata-ratanya sebab zakar (nafsu), bukan sebab zikir (takutkan Allah) pun. Sebab tu mereka pilih isteri kedua lebih teliti berbanding masa pilih isteri pertama dulu,” katanya seperti yang dipetik dalam komen di Facebook.
Komen tersebut dimuat naik setelah status Puan Asiah mengenai poligami perlu dihapuskan kerana sudah tidak relevan dengan budaya masyarakat sekarang.
Rujuk ;

Puan Asiah juga turut memberi cadangan bahawa poligami perlu diharamkan melalui komen yang dibalas di status berkenaan.
” Haramkan saja poligami. Islam tidak gah pun kerana poligami. Malahan agama lain memandang rendah pada kita kerana amalan tersebut,” katanya.
Cadangan kepada penghapusan poligami oleh peguam dan juga aktivis sosial itu mengundang pelbagai respon netizens. Ada yang membantah namun tak kurang juga menyokong kenyataan tersebut. 
Jika diperhatikan kepada komen-komen di status berkenaan, jumlah menyokong dan bersetuju dengan pendapat Puan Asiah melebihi dari jumlah mereka yang membantah dan menolak cadangan tersebut. - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »