t>

Breaking News

Ini Penjelasan Ustaz Rozaimi Kenapa Perlu Surat Rasmi Untuk Berdialog Dengan Presiden PAS.

Ramai juga yang tidak faham kenapa saya kata saya perlukan surat rasmi. Bahkan ada pensyarah dan pelajar master pun nak kritik saya kerana saya minta surat rasmi. 

Kononnya saya nak glamour lah, cakap berbelit lah. Saya huraikan ringkas sahaja di kesempatan ini: 


1. Saya tidak berhasrat pun untuk berjumpa pada asalnya kerana pendirian saya dan pendirian tokoh berkenaan sudah jelas. Saya mengkritik beliau atas isu ini setelah saya melihat video rakaman beliau tempoh hari dan video-video lama beliau berkaitan syiah. 

2. Ramai dari kalangan penyokong beliau di page ini dan di whatsapp meminta saya berjumpa beliau. Bahkan di setiap post di page saya ini walaupun tiada kaitan dengan tokoh berkenaan akan ada penyokong yang bertanya saya di ruangan komen bila mahu bersemuka dengan beliau. Ada juga sahabat-sahabat dalam PAS juga minta saya bersemuka. 

3. Saya nyatakan saya bersedia jika dijemput untuk bersemuka. Syaratnya ialah beliau sendiri yang turun dan ia mesti dalam bentuk DIALOG TERBUKA kerana isu ini isu umat dan akidah. 

4. Surat rasmi perlu kerana ia dialog terbuka. Selain saya penjawat awam, surat rasmi juga perlu untuk dinyatakan format dialog. kenapa masa perjumpaan tertutup dulu tidak perlu surat? kerana itu perjumpaan tertutup. Ini dialog terbuka. Kenapa perlu terbuka? supaya semua dapat nilai hujah dengan adil. 

5. Hairan saya. Bila saya kritik di FB disuruh berjumpa. Bila bersedia nak berjumpa dikata mencari glamour dari ulama bertaraf dunia pula. Senang menjadi beliau. Buat kenyataan terbuka ok, orang nak jawab terpaksa mengadap beliau. 

6. Beginilah, saya pun dah letih dengan isu ini. Jika tidak berminat saya pun tidaklah terhegeh-hegeh. Teruskan dengan pendirian anda dan saya akan teruskan dengan pendirian saya. Salam hormat dari saya. 

Dr Rozaimi Ramle