t>

Breaking News

Itu Microfonlah, Bukannya Salib! - Faiz Tidak Memakai Salib Di PUSKAS 2016 Award.

Segelintir pengguna media sosial mengecam dan menyelar pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri yang didakwa memakai lambang salib di dadanya. Salinan skrinshot status kecaman yang dimaksudkan itu viral di media sosial terutamanya menerusi aplikasi Whatsapp.


“Anda tidak menyedari ia mengenakan pakaian berlambang salib. Jangan bangga untuk melihat terlebih dahulu,” ulas seorang netizen yang menggunakan identiti Hidayah Muslimah.

Turut menjadi viral satu lagi salinan tangkapan skrin dari status Facebook Tuan Anuwa yang mempertikai beberapa tindakan Faiz Subri ketika berucap di majlis anugerah tersebut.

“Ambo yang daif ini rasa sedikit terkilan apabila beliau guna lafaz Assalamualaikum bukan pada tempatnya.

“Memakai pakaian yang tidak menampakkan imej Melayu dan Islam, bahkan terlihat salib yang jelas,” itu antara yang tertera pada status tersebut.

Pun begitu, kebanyakan netizen lain bertindak membetulkan kenyataan tersebut. Hakikatnya penampakkan lambang salib yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah mikrofon.

Semakan video majlis anugerah berkenaan di laman Youtube juga mengesahkan Faiz Subri tidak memakai sebarang lambang salib. Diharapkan pihak-pihak terbabit boleh menghentikan sebaran kononnya Faiz memakai lambang salib ketika mengambil anugerah PUSKAS. - Sozcyili.