t>

Breaking News

Kami Tidak Dibayar RM50 Dalam Rancangan #TN50, Itu Fitnah Kata Doktor Pro Najib.

Oleh : Abdul Rahman Abdul Kadir

#MENJAWAB_FITNAH_TERHADAP_KAMI 


#TN50 adalah untuk generasi muda. Generasi ini yang akan mewarisi negara. Oleh itu tidak adil sekiranya ia dirancang tanpa mendengar aspirasi orang muda. Untuk itulah dialog semalam diadakan. 

Ini pendekatan yang berbeza berbanding pendekatan lama yang menjadi amalan pemimpin iaitu "Government Knows Best". Pendekatan paternistic seperti ini sudah tidak relevan lagi apabila kita melangkah menjadi negara maju. 

Negara2 maju mendengar kehendak rakyat dan memberi pilihan. Itulah yang dilakukan oleh kerajaan yg dipimpin oleh DS Najib. Beliau tidak terus menurunkan titah tentang misi dan visi dan mendoktrinasi rakyat utk menerima. 

Ini sikap yang terpuji bagi seorang pemimpin negara moden. Mungkin ada yang akan berkata bahawa setakat 6-7 orang menyuarakan pendapat secara langsung semalam tidak membuktikan PM mendengar suara orang muda. 

Pandangan ini adalah sangkaan yang meleset. Sebelum saya dijemput semalam, kerajaan telah mengedarkan secara rambang email kepada golongan remaja dan belia bagi membuat soal selidik tentang kehendak dan aspirasi mereka. 

Saya dan Aznil Hisham juga menerima email ini memandangkan kami memang muda remaja. Kami semua menyuarakan pandangan kami. 

Kemudian 500 yang memberi pandangan terbaik antara kami dipilih untuk menghadiri dialog. Adalah mustahil untuk semua orang bersuara dalam rancangan live selama 2 jam itu. 

Namun sudah pasti pandangan kami telah direkod dan akan dinilai kesesuaiannya. Adapun tuduhan individu ini adalah merupakan fitnah. 

Tidak ada rehearsal dari kalangan kami malah kami tension kerana diberitahu program bermula pukul 5.30 ptg tetapi rupa2nya pukul 8 malam. Jadi kami menghabiskan masa duduk2 keliling DTC sambil buat kerja masing2. 

Tidak ada bayaran langsung diberikan kepada kami. Kami hadir sebagai generasi muda rakyat Malaysia yang ingin bersama mencorakkan masa depan dan mencipta sejarah negara. 

Segala perbelanjaan oleh saya dari Melaka ke KL ditanggung oleh saya sendiri dengan duit gaji saya yang halal sebagai seorang doktor. 

Saya berikan tawaran sebanyak RM 500 kepada individu di bawah supaya mendatangkan bukti bahawa kami dibayar RM 50 (murah giler hang ingat aku ni?). 

Bukankah anda menuduh? Maka datangkanlah bukti kerana inilah prisip perundangan sivil mahupun Islam. Kalau anda gagal, anda pondan.