t>

Breaking News

Kerana Bantu Anak-Anak Pelarian Syria, Pemuda Ini 'Dihalau' Balik Ke Malaysia Oleh Kerajaan Jordan.

Berbuat baik pun salah di zaman sekarang!

"6 hari 5 malam berada di dalam penjara Jordan, Alhamdullilah sebentar lagi saya akan bertolak ke Malaysia", itulah kata-kata Musa Nuwaywi Kamaruzzaman seperti yang dipetik dari status Facebooknya selepas disahkan bakal dihalau keluar dari bumi Jordan berikutan terlalu aktif membantu pelarian Syria.


Musa sebelum ini dilaporkan telah ditahan di salah sebuah penjara di Jordan berikutan tindakannya yang terlalu aktif membantu pelarian di Syria. Musa juga merupakan pengasas kepada NGO Tangisan Syria Di Bumi Jordan, dan juga penulis buku Lelaki Terakhir Yang Menangis Di Bumi.


Musa bersama anak Syria yang dibantunya. Pemuda Malaysia ini bukan sahaja pandai bahkan berani!


Netizens tunjukkan tanda simpati kepada Musa.

Kami bersamamu. Itulah kata-kata netizens. 








Memetik kenyataan dari Doktor Suhazeli yang juga Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menyatakan, "Kami baru mendapat maklumat bahawa Sdr Musa Nuwayri Kamaruzzaman baru sahaja dibebaskan dari penjara Jordan dan akan kembali ke tanah Air malam ini. Penahanan beliau atas alasan kerana membantu pelarian Syria yang berada di sempadan bumi Jordan sejak konflik peperangan tercetus. 

Saudara Musa An Nuwayri adalah pengasas kepada NGO Tangisan Syria di Bumi Jordan. Seorang pemuda, mahasiswa yang merantau di bumi Jordan bagi menabur bakti. Sumbangan tenaga dan wang ringgit yang beliau curahkan tiada tandingan".

"Sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh beliau perlu dicontohi oleh anak muda negara kita. Kami amat kesal dengan penahanan ini. Pembela kepada anak-anak Syria yang berada di sempadan Jordan sudah dinafikan hak untuk terus berkhidmat. 

Pengajian beliau pun terus dihentikan walaupun hanya beberapa bulan akan tamat. Insha Allah, kami akan sambut kepulangan beliau nanti dan diraikan sebagai wira negara", katanya lagi.