t>

Breaking News

"Mahathir, Bersyukurlah, Jangan Berlagak Pandai Pertikaikan Haji Orang Lain" - Asyraf Wajdi Bidas Mahathir.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak berlagak pandai dalam semua hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain. 


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk 
Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, sebaliknya bekas pemimpin itu perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan sebelum ini termasuk semasa zaman ke­pimpinan beliau. 

Menurutnya, dakwaan bekas pemimpin itu juga seolah-olah cuba memperlekehkan tahap keimanan orang yang melakukan ibadat tersebut selepas membuat tuduhan tanpa asas. “Siapa dia hendak mempersoalkan ibadat orang lain? Tidak wajar Dr. Mahathir cuba mainkan peranan Tuhan selepas mendapat pelbagai nikmat dan rezeki daripada Allah SWT. 

“Jika Rasulullah SAW pun tidak tahu tentang hal ibadat individu lain, apatah lagi orang bia­sa. Apa yang penting, individu yang melaksanakannya benar-benar ikhlas dan tahu apa yang dilakukan,” katanya memetik laporan Ming­guan Malaysia di sini hari ini. 

Semalam, bekas Perdana Menteri itu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat dakwaan dengan menyifatkan orang yang melaksanakan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur. 

Dakwanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada duit penajaan program tersebut kononnya haram kerana dicuri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Dalam pada itu, Pakar Geostrategis, Azmi Hassan berkata, tuduhan yang dibuat itu merupakan ‘strategi’ berbahaya untuk memburukkan kerajaan kerana berkait rapat dengan hukum ibadat dan agama Islam. 

“Ini adalah manifestasi Dr. Mahathir untuk memburukkan kerajaan pemerintah demi manfaat politik beliau. 

Lebih malang lagi dakwaan ini boleh memberi kesan dan gangguan kepada jemaah yang menyertai program berkenaan kerana ia berkaitan ibadat seseorang,” ujarnya lagi dalam laporan tersebut. - Sozcyili