t>

Breaking News

MAZA, RORA Saja Cari Isu Serang TGHH Untuk Popular Kata Penyokong PAS.

PERANG GEOPOLITIK DAN SEKTARIAN DI MALAYSIA

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Dulu saya ingatkan tak habis-habis Ust Zamihan sengaja create isu wahabi, bergeger melawan DrMAZA dan DrRoRa. Sampai kepada tok guru dia Hassan Saqof digelar Syiah berbaju Sunni. Rupanya ia adalah sebaliknya. DrMAZA dan DrRoRa yang sengaja create isu menyerang Ust Zamihan. Ust Zamihan senyap agak lama, dan pasca debat Ust Salman Ali - Ust Abu Syafiq... saya nampak DrMAZA dan DrRoRa tak ada isu untuk menjadi popular. Saya tidak gemar dengan cara Ust Zamihan yang dilihat tidak profesional (atau dia diperangkap untuk dilihat tidak profesional). Ya, cara Ust Zamihan sangat kasar dan keterlaluan memudahkan mereka mematahkannya.

 

 
2) Kali ini sasaran mereka adalah lebih menarik, iaitu TGHH. Saya ingatkan hari demi hari akan kendur serangan mereka. Namun sampai hari ini serangan mereka terhadap TGHH semakin tajam. Imej TGHH semakin hari semakin dihighlight sebagai pro-Syiah. Tidak lama lagi TGHH akan dikatakan 'Syiah yang memakai pakaian Sunni' pula. Sisi-sisi buruk Syiah yang memang buruk dan busuk dihighlight dan dibusukkan semula, bukan kerana tujuan lain, melainkan untuk menyerang TGHH.

3) Syarahan TGHH baru-baru ini terbuka untuk semua. Jika mahu bertanya, itulah masanya dan peluangnya. Tanya secara terbuka, debat secara terbuka. Moderator juga membuka ruang soalan tanpa ada limit. Tanyalah sehingga tak ada soalan lagi yang mahu ditanya. Saya menunggu soalan-soalan maut daripada team DrMAZA atau DrRoRa. Ternyata kecewa tak ada pun soalan dari mereka. Alasannya, ada tugas menjadi pengawas peperiksaan di IPT. Bukankah boleh hantar wakil? Hantar je. Tak pun, bawa rombogan akademik, bertemu sendiri dengan TGHH. Sebagaimana anda boleh join pertemuan dengan pimpinan PAS dalam isu RUU355.

4) Jika anda terus menyerang TGHH, sudah pastilah akan ada yang mempertahankan beliau. Dan perang mulut/media menjadi rancak antara penyokong anda dengan penyokong beliau, kerana anda melabel orang yang mempertahankan beliau sebagai taksub. Malah respon mereka yang mengherdik anda tidak akan menambah keilmuan dan keimanan anda, kerana akhir sekali anda juga akan terheret menjadi seperti mereka. Daripada melabel sebagai taksub, anda akan menggelar mereka sebagai 'walaun', sebagaimana haters-haters TGHH dan PAS menggunakannya. Sikap cool anda akan hilang sedikit demi sedikit.

5) Bukankah anda berdua adalah Dr Hadis yang hebat. Tentu anda faham hadis mengenai hadis Nabi SAW redha melihat Abu Bakr tidak membalas cercaan orang terhadap beliau, dan Nabi SAW beredar pergi sebaik sahaja Abu Bakr mula bersuara untuk mempertahankan dirinya daripada cercaan itu. Mudah-mudahan anda akan maintain cool dan tak perlu termakan provokasi pihak yang anda sifatkan sebagai taksub. Respon-respons anda bukanlah kepada TGHH, tetapi kepada penyokong dan cybertrupers sahaja. Jika anda mahu response kepada TGHH, silalah adakan pertemuan dengannya. Tak perlu ego nak bersurat menyurat pula.

6) Dan bagi pihak penyokong TGHH pula, tak perlu berlebihan menyokong TGHH. Anda perlu menyedari respons anda adalah makanan mereka. Don't feed them, kids. Anda response dari satu sudut pandang lain, Mereka menyerang dan mengheret anda ke medan perang yang lain. You could not hit them but they'll hit you on their ground. Biarlah orang-orang yang benar-benar menguasai ilmu geopolitik dan sektarian sahaja berdepan dengan true-sectarianism. Anda hanya tahu ilmu geopolitik, bukan menguasai ilmunya. Anda tidak akan dapat pergi jauh untuk berdepan dengan sektarianism. They'll drag you to their level and beat you hard.

7) Akhir sekali, saya nak beritahu, anda semua memang suka bergaduh. Takde isu untuk bergaduh, dicari sampai jumpa. Bwahahahaha....

p/s: Kitab Khomeini kutuk sahabat. Tak perlu beriman dengan Khomeini. Iran adalah negara/kerajaan. Syiah adalah fahaman. Memuji Iran tidak bermakna memuji Syiah. Kalau Syiah perasan dipuji itu biasa. Orang lain yang bukan Syiah rasa macam Syiah dipuji itu pun biasa. Bwahahaha...


Sekian