t>

Breaking News

Netizens Kutuk King Koko Kahwin Suami Orang - Isteri Captain Azrin Tak Sebut Apa-Apa, Netizens Pula Yang Over.

Tak pasal-pasal media sosial hari ini kecoh dengan cerita King Koko. Ini semua gara-gara dirinya dikecam kerana berkahwin dengan suami orang. Suami orang itu pula isterinya dilaporkan sedang mengandung.

King Koko ini menjadi popular kerana suka menari tiang, berpakaian seksi dan bercakap pelat mat salleh.

Semalam, Astro Gempak melaporkan perkahwinan King Koko atau nama sebenarnya Mashaira Ismail dengan Capt Azrin atau Azrin Anaz Abdul Shukor. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM800.

Bagaimanapun reaksi netizens terhadap perkahwinan tersebut tersangatlah mengejutkan. Perkahwinan biasanya disertai dengan ucapan yang baik-baik dari orang ramai namun berbeza pula dengan apa yang diterima oleh pasangan King Koko dan Capt Azrin.

"Nikah baru sedih? Khianat isteri yang sedang mengandung bagaimana pula?" - Angel Fower


"Inila namanya bahagia di atas penderitaan orang lain" - Sally Gotha
 



Sekurang-kurangnya 1,500 komen mengecam perkahwinan tersebut selepas viral video perkahwinan pasangan itu.

Yang menjadi tanda tanya ialah kesemua komen-komen tersebut datangnya dari orang awam iaitu mereka yang tiada kaitan dengan pasangan tersebut samada dari pihak isteri pertama ataupun pihak keluarga isteri pertama Captain Azrin.

Atas dasar apa netizens menunjukkan emosi melampaui batas atas perkahwinan orang lain apabila isteri pertama pasangan itu sendiri tidak berkata apa-apa setakat ini? Tidakkah sikap netizens ini pelik kerana melepaskan perasaan marah tidak kena pada tempatnya? Untuk marah sekalipun, tunggu la respon isteri pertama. Jika isteri pertama redha dan bersetuju dengan perkahwinan tersebut, mengapa pihak ketiga perlu beremosi secara keterlaluan pula?

Perlu diingatkan poligami ialah sesuatu yang dibenarkan oleh Islam dan hanya isteri Captain Azrin yang berhak mengeluarkan kenyataan samada dia bahagia atau tidak bahagia dengan perkahwinan kedua suaminya, pihak lain dinasihatkan simpan dahulu pandangan negatif anda sehingga terbukti isteri pertama Captain Azrin berasa teraniaya. - Sozcyili