t>

Breaking News

Pakai Tudung, Buang Semua Gambar Lama, Lindsay Lohan Dikatakan Telah Masuk Islam.

Sejak beberapa hari lalu, spekulasi bintang Hollywood yang sering terpalit kontroversi, Lindsay Lohan memeluk Islam kembali bertebaran selepas aktres itu memadam lebih 1,000 gambar di laman Instagram.

Pada paparan terbaru di laman sosial itu, Lohan yang dilabel 'bintang muda bermasalah' hanya berkongsi sedikit maklumat mengenai dirinya dengan mesej 'Alaikum Salam'. Sehubungan itu, ramai peminat mengesyaki pelakon filem Mean Girls itu membuka lembaran baharu sebagai mualaf. 

Sebelum ini, Lohan yang beragama Kristian, dilaporkan mengaku mahu mengubah diri menjadi insan yang lebih baik dan mengkaji ilmu agama. Malah, pada laman sosialnya, Lohan pernah memuat naik potongan surah Taha ayat 114 berbunyi: "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku". 

Ini disusuli keterangan gambar berikut: "Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepada Engkau ilmu yang bermanfaat.

Lohan juga pernah dilihat di Brooklyn, New York berjalan sambil memeluk al-Quran, tidak lama dulu. "Saya seorang yang sangat beragama dan terbuka untuk belajar. 

Rakyat Amerika mempunyai pandangan tersendiri mengenai al-Quran, sedangkan apa yang difikirkan itu tidak benar," katanya dipetik daripada laporan agensi. Akhir tahun lalu, Lohan dilihat bertudung ketika melakukan kerja amal di Turki.


 
Sumber : Berita Harian