t>

Breaking News

Rosmah Ada 8 Saman, Elok Jer Tak Bayar, Maka Kami Pun Taknak Bayar Juga! - Netizens.

"Kepimpinan melalui tauladan. Patutlah ramai orang tak bayar saman. Rosmah Mansur juga memiliki rekod saman sebanyak 8 jenis kesalahan sejak 3 tahun lepas", itulah yang dilaporkan oleh admin page Suara Rakyat.

Menurut Suara Rakyat, Rosmah mempunyai lapan saman dari JPJ sehingga Januari 2017.


Kesemua saman yang direkodkan adalah kerana melanggar kesalahan had laju. Dan ia adalah rekod saman AES yang pernah dilaksanakan kerajaan suatu ketika dahulu sebelum ditangguhkan sebanyak 2 kali berikutan kelemahan sistem penguatkuasaan dan bantahan dari pengguna jalanraya.

Sebenarnya bukan perkara baru untuk pemimpin-pemimpin negara dari pelbagai jenis parti politik didedahkan tidak membayar saman-saman tertunggak mereka. 

Sebelum ini blog-blog kerajaan dan pro pembangkang juga seringkali mendedahkan sikap pemimpin lawan yang mempunyai rekod saman tertunggak.

Mengulas lanjut tentang pendedahan rekod saman Rosmah, netizens turut memberikan reaksi yang pelbagai.

"Cantek. Lepas neh ada la alasan aku bila naik mahkamah nanti" - Ahmad Muzamil.

"Kita semua tak payah bayar saman, kita ikut Rosmah" - Nani Ekram.

"Haramjadah punya undang-undang, kalau rakyat biasa dah kena waran tangkap" - Lita Ramli.

"Kepimpinan melalui tauladan. So kita pakat ramai-ramai jangan bayar saman/kompaun" - Ismi Ismail
 
Nampak gayanya Rosmah kena bersegerala membayar saman sebelum dijadikan role model oleh rakyat jelata yang memang nak lari dari membayar saman. - Sozcyili