Selagi BN Memerintah, Selagi Itu Penjawat Awam Harus Sokong BN - Jika Tak Puas Hati, Lebih Baik Berhenti, Azalina Kepada Penjawat Awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa menyokong kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional.

Azalina juga turut mengingatkan kepada penjawat awam yang ingin menyuarakan pendapat harus menggunakan saluran yang betul ataupun berhenti menjadi penjawat awam, memetik rakaman di portal KiniTV.


"Tapi saya nak ingatkanlah, ingatkan pada tuan-tuan bahawa, perkara yang paling penting yang dipegang oleh setiap pegawai kerajaan ialah Akta Rahsia Rasmi (OSA), tuan-tuan pun tak boleh lari dari Akta Hasutan, tuan-tuan tadi pun menyanyi lagu perkhidmatan awam, dan selagi la kerajaan Barisan Nasional menjadi kerajaan yang memerintah, dalam ikrar tuan-tuan dan puan-puan, memang taat setia tuan-tuan dan puan-puan pada kerajaan yang memerintah.

Jadi kalau tuan-tuan bagitau saya ini tak kena itu tak kena tak puas hati, pakai sistem teknologi maklumat untuk menggerakkan, fikir-fikirlah tuan-tuan puan-puan dalam perkara ini", kata Azalina Othman yang dipetik dari rakaman tersebut.

"So if you are not happy, saya banyak kali kata you be private citizen la tak payah pegang jawatan. It much easier for you to be open minded in your views", katanya lagi.

Dalam pada itu, Azalina Othman turut menyeru agar kakitangan kerajaan berhati-hati mengeluarkan sebarang komen di media sosial terutamanya yang menyentuh polisi berkaitan kerajaan sedia ada. 

Meskipun kerajaan tidak menghalang mana-mana penjawat awam untuk mengeluarkan sebarang komen di laman sosial tetapi penjawat awam tidak seharusnya mengeluarkan apa-apa komen yang berbaur fitnah dan mendorong ke arah kebencian (terhadap BN), kata menteri berkenaan.

Azalina turut mengatakan bahawa setiap komen-komen kakitangan kerajaan dilaman sosial dipantau rapat oleh itu jika kakitangan kerajaan mahu menyuarakan apa-apa pandangan adalah lebih baik mereka simpan pandangan itu untuk diri sendiri daripada berkongsikan di media sosial.
 
Azalina berkata demikian ketika berucap ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Putrajaya pagi tadi. - Sozcyili

Share this :

Previous
Next Post »