t>

Breaking News

Selepas Bahri Nafi, SPRM Kini 'Lari' Dari Media - Malu La Tu Lepas Kantoi Kaw-Kaw!

SPRM membisu. Ini berikutan sehingga ke hari ini tiada sebarang jawapan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penafian bekas pengarahnya, Datuk Bahri Mohd Zin mengenai isu persaraan awal.

Sebelum ini Datuk Bahri mengatakan beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dan merasa bersalah terhadap 30 juta rakyat Malaysia berikutan gagal membawa ke SRC ke muka pengadilan meskipun terbukti wujudnya penyelewengan wang rakyat secara terang-terangan. Kenyataan Datuk Bahri dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan.
Namun tidak sampai sehari, SPRM mengeluarkan kenyataan penafian yang menolak laporan media tempatan. Menurut SPRM, Datuk Bahri menafikan kepada SPRM bahawanya beliau pernah mengeluarkan kenyataan tersebut kepada pihak media.
Pun begitu sehari selepas, Datuk Bahri pula tampil memberikan penjelasan di media menafikan kenyataan SPRM sebaliknya menegaskan tidak suka namanya dipergunakan oleh mana-mana pihak. Ini membuatkan SPRM akhirnya terpukul dengan kenyataan mereka sendiri.
SPRM juga enggan memberikan apa-apa penjelasan lanjut berhubung penafian Datuk Bahri selepas itu. Pembangkang turut mempersoalkan kenapa SPRM memilih menafikan kenyataan Datuk Bahri meskipun tanpa merujuk kepada Datuk Bahri terlebih dahulu. Ini membayangkan yang SPRM kini bekerja dengan Najib Razak dan akan melakukan apa sahaja demi melindungi imej Perdana Menteri itu.
Malaysiakini turut melaporkan panggilan dan mesej dari wakil media kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki kekal tidak berjawab sehingga ke hari ini. Adakah SPRM kini lari selepas kantoi menipu? Masyarakat sedang memerhatikan tindak tanduk SPRM. Hanya kerana masyarakat diam bukan bermaksud mereka bodoh. - Sozcyili.