t>

Breaking News

Yuran Taska Naik 20% Hingga 50% - Beban Ibu Bapa Semakin Bertambah Lagi La Nampak Gayanya..

Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta terpaksa menaikkan yuran 20% hingga 50% mulai tahun ini untuk meneruskan operasi atau mereka terpaksa menamatkan perniagaan, kata presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia.

Datin PH Wong yang dipetik China Press berkata, ia disebabkan kenaikan pelbagai kos operasi taska antara 50% hingga 60%, khasnya setiap pekerja baharu perlu dibayar RM1,000 mengikut Perintah Gaji Minimum 2016 yang dikuatkuasakan sejak 1 Julai lalu, selain pekerja lama juga perlu dinaikkan gaji.
Tambahan katanya, sekurang-kurangnya 40% pengusaha taska mengadu dibebani kos tinggi disebabkan bil air dan elektrik, kos makanan berkhasiat, aktiviti untuk kanak-kanak serta perbelanjaan pentadbiran yang semakin meningkat.
“Perbelanjaan berbeza disebabkan saiz taska tidak sama. Susah nak jelaskan nisbah modal dan yuran.
“Secara jujurnya di Kuala Lumpur, yuran bulanan RM500 hingga RM600 sukar menampung kos, contohnya sebuah taska yang baik di Kuala Lumpur, kos setiap kanak-kanak kira-kira RM1,200 ringgit sebulan, Petaling Jaya sekitar RM800, tetapi masih ada taska hanya mengenakan yuran sekitar RM500 sebulan, adakah ia seimbang?
“Takkan ibu bapa masih minta bayaran RM300 sebulan dan taska perlu beroperasi 6 hari seminggu, macam mana pengusaha hendak terus berniaga?”
Beliau berkata, taska berdaftar yang berkualiti tinggi perlu mematuhi peraturan kerajaan dan mengambil pengasuh atau pekerja terlatih secukupnya.
Difahamkan, kadar bayaran dikenakan taska ketika ini antara RM150 hingga RM650, bergantung kepada lokasi taska dan usia kanak-kanak.
Jumaat lalu, Pengerusi Persatuan Taska Negeri Selangor, Mahanom Basri dilaporkan berkata, yuran taska di negeri itu dinaikkan RM10 hingga RM50 mulai bulan ini ekoran peningkatan kos operasi.
kali terakhir yuran taska di Selangor dinaikkan pada 2013 semasa kerajaan memperkenalkan perintah gaji minimum kepada pekerja.