t>

Breaking News

31 Tips Asas Menjaga Kenderaan Yang Anda Patut Tahu.

Oleh : Apengg Impian

Anda jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara penting ini dan kalau ada yang tertinggal tolong masukkan di ruangan komen ni agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua 😉 

Tips Periksa Kereta Sendiri

1. minyak hitam (Mengikut paras had & jenis minyak) 

2. oil filter (tukar semasa menukar minyak hitam) 

3. spark plug (tukar setiap 30,000 km) 

4. battery (tambah air setiap kali servis) 

5. belting (tukar setiap 80,000km). Tidak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. Jimat duit jimat belanja. Kita kan orang susah.. 

6. clutch plate (mengikut keadaan) 

7. fuel filter (tukar setiap 30,000km) 

8. air filter (tukar setiap 30,000km)

9. gear oil (tukar setiap 20,000km) 

10. brake fluid (mengikut keadaan) 

11. brake pad (Mengikut keadaan) 

12. power steering fluid 

13. radiator coolant (tukar setiap 40,000km) 

14. wiper (tukar setiap 30,000km) 

15. air conditioner (Servis filter dan suis dibuka 1/2) 

16. tyre (pam pada setiap bulan) 

17. radio (Memastikan ditutup pada setiap mati enjin) 

18. radiator (Pastikan dibersihkan menggunakan air paip) 

19. fan radiator + aircon (Pastikan kipas hidup bila temp 1/2)) 

20. lamp bulb (Periksa lampu setiap minggu) 

21. steering alignment (servis setiap 20,000km) 22. power window (Check setiap suis power window) 

23.Beli kereta memahal kalau membelok tak reti nak bagi signal sila pergi meninggal. 

Cara Menjaga Kereta

24. Angin spare tayar dan spanar bukak tayar serta jack pastikan sentiasa ada. 

25. Kalau park kereta di tengah panas pastikan ajuct lubang angin aircond tu pakai udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas. 

26.Untuk kereta2 injection pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning dah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkn begitu. 

27. Sentiasa rajin check fan belt pastikan dalam keadaan baik. 

28.Untuk pengguna kereta auto pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak... 

29. Jangan main tambah2 minyak hitam jika enjin dah mempunyai penyakit makan minyak hitam. 

30.Untuk enjin jenis yang pakai carberater pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang pakai carberater memang susah sikit nak hidup. Nak senang hidup pump padel minyak sekali sahaja sebelum start. Kebaikannya juga stater motor tahan lama. Enjin yang susah hidup la punca stater cepat rosak. 

31. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk ke bengkel untuk service mintak tolong abang2 pomen checkkan kereta anda A to Z agar anda mudah tahu kalau-kalau ada benda-benda yang bermasalah dan perlu ditukar.