t>

Breaking News

Biarlah Fattah Amin Keluarkan Buku Dia, Bukan Paksa Korang Beli Pun - Syeq Saddiq Kepada Pengkritik.

Oleh : Syed Saddiq

"NETIZEN KECAM BUKU FATTAH AMIN" 

Wahai bangsaku, 

Buku Fattah Amin Teruk
Syed Saddiq
1) Dia hanya keluarkan buku bukannya paksa korang baca mahupun beli Pilihan di tangan kita. Sama seperti pilihan saya untuk mendengar lagu selena gomez walaupun banyak yang mengecam, tapi pilihan itu tetap berada di tangan saya. "Bad taste" atau tidak terpulang kepada seseorang. Bukan semua orang ada taste yang sama. 

Fattah Amin Keluarkan Buku
Buku FattahAmin Dijadikan Bahan Troll Netizens

2) Furthermore, kalau ada pun yang membeli buku itu, tidak bermaksud mereka ni cetek akal. Hidup mereka tidaklah semata mata tentang buku/idola mereka. Sebagai contoh, K-pop. Jika diperhatikan, memang gadis-gadis Malaysia kita akan membeli merchandise mereka yang mencecah ratusan ringgit..tetapi mereka tetap belajar. 

Tetap celik tentang isu-isu semasa. Kita boleh "fanatism" dengan budaya/idola non-Malaysian sampai sanggup beli tiket harga beribu ribu atau merchandise baju yang berharga beratus ratus, Tapi bila artis malaysia nak cari rezeki, buat business...tak boleh??? 

Banyak yang mengutuk Dato' Aliff Syukri (Terlajaklaris) /Dato Vida sebab produk mereka tapi pakai facial foam (google most expensive and popular facial product brand negara barat) sanggup bayar jauh lebih banyak. Why the double standards? 

3) Kalau betul pun banyak orang beli, jangan salah kan artis, salah kan diri sendiri! There will be no market if there is no DEMAND. When there's a demand from consumers, that's when products like these are produced. Kalau betul2 nak rakyat Malaysia lebih suka kan science/maths/english... 

Pergi tolong mengajar percuma/buat tuisyen percuma/didik dan bantu golongan yang tidak berkemampuan/kongsikan artikel2 menarik....buat ceramah ilmu etc. 

We must reform ourselves before asking for others to reform themselves.