t>

Breaking News

Ketua Pengarah Kesihatan Nafi Kenaikan Caj Rawatan Pergigian Bermula March.

Dengan kemaskini.

Tiada perubahan bayaran untuk rawatan pergigian pesakit luar warganegara Malaysia di klinik-klinik kerajaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Kenyataan ini sekali gus menafikan pekeliling didakwa daripada Kementerian Kesihatan yang menyatakan caj rawatan pergigian akan naik bermula 1 Mac depan.
Bahagian pertama. (klik sini untuk bahagian kedua)



Pihak kami telah mendapat pengesahan bahawa pekeliling mengenai kenaikan caj rawatan pergigian di klinik kerajaan yang tersebar di laman sosial mulai malam tadi adalah benar. Ia mengenai kenaikan caj bagi beberapa jenis perkhidmatan rawatan pergigian di bawah klinik kerajaan. 

Caj baru itu akan berkuatkuasa mulai March 2017 ini.

Surat pekeliling itu seperti yang tersebar.

a) Cabutan Gigi Harga Lama : RM1 Harga Baru : RM15 
b) Cuci Gigi Harga Lama : RM 2      Harga Baru : RM 55 
c) Tampalan Harga Lama : RM2      Harga Baru : RM25 

Pekeliling berkuatkuasa 1/2/2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YBhg. 

Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat pemberitahuan daripada Bahagian Kewangan bertarikh 26 Januari 2017 rujukan (24)KKM.400-9/1/3 Jld.2 berkaitan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (KSU) Bil 4/2017 dan emel Bahagian ini bertarikh 26 Januari 2017 mengenai perkara di atas. 

2. Sepertimana sedia maklum, kadar baharu bagi caj perubatan warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 akan berkuatkuasa mulai 1 FEBRUARI 2017. 

3. Walaubagaimanapun, caj yang melibatkan PERGIGIAN adalah ditangguhkan pelaksanaannya sehingga 1 MAC 2017. Surat pekeliling KSU mengenai pelaksanaan caj pergigian akan dikemukakan kelak. 

Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan adalah dimohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua PTJ di bawah seliaan jabatan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan masing-masing. 

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Unit Hasil, Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-8883 2408 / 3063 / 2399 / 3078. 4. Segala kerjasama daripada pihak YBhg. 

Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Sekian, terima kasih. 

Murni Rahayu binti Ahmad Anuar 
Bahagian Kewangan 
Kementerian Kesihatan Malaysia 
Tel : 03-8883 3068 
Faks : 03-8883 4364