t>

Breaking News

Cara Mudah Mengenali Berus Yang Diperbuat Dari Bulu Babi.

Beberapa hari lepas KPDNKK telah melakukan serbuan besar-besaran terhadap beberapa premis perniagaan yang menjual berus yang diperbuat dari bulu babi. 

Serbuan itu bertujuan untuk merampas berus bulu babi berikutan kegagalan peniaga melakukan pengasingan atau meletakkan tag sebagai tanda amaran kepada pembeli muslim, bahawanya berus tersebut diperbuat dari bulu babi. 

Walaubagaimanapun, KPDNKK melalui menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan kepada media, operasi serbuan dihentikan selepas sehari ia dijalankan disebabkan aduan dan kritikan yang diterima dari masyarakat. 

Cara Kenalpasti Berus Bulu Babi
Berus Bulu Babi

Menterinya turut memaklumkan perpaduan antara kaum adalah lebih utama. Pun begitu, masih terdapat pengguna yang mahu tahu bagaimana caranya untuk membezakan, mengenali dan mengetahui rupa berus dan juga produk yang diperbuat daripada bulu babi. 

Ramai daripada pengguna sebenarnya tidak mengetahui bahawa kebanyakan berus murah yang diimport daripada China dibuat dari bulu babi. 

Dimasa kini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. 

Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA. 

Jadi, bagaimana cara untuk kita mengenali dan mengetahui berus, sama ada berus untuk mewarna mahupun berus untuk peralatan bersolek yang dibuat daripada bulu babi? 

Kami ada kaedahnya. 

Titik 3 : 

Kita sering mendengar orang kata apabila produk kulit ada tanda 3 titik,itu bermakna kulit Babi,Sebenarnya pendapat ini kurang tepat sebab masih ada produk lain yang ada 3 titik tapi bukan kulit Babi. 

Barangan kulit yang dibuat dari POLYURETHANE pun ada 3 lubang juga. Jadi bagai mana kita nak bezakan? Perhatikan 2 gambar di bawah ini satu produk POLYURETHANE dan satu lagi KULIT BABI. 

Berus Bulu Babi


KULIT BABI ada 3 titik dan kedudukannya agak berterabur manakala POLYURETHANE kelihatan cantik tersusun. 

Sebenarnya tujuan lubang itu di buat adalah untuk memberikan keselesaan pada pengguna sebab itulah kasut serta beg tangan berasaskan POLYURETHANE ada lubang-lubang, pada kulit babi pula lubang semulajadi. 

Ciri-ciri bulu babi : 

1. Bulunya bercabang dihujung. 

2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras. 

3. Sukar ditanggalkan atau cepat rosak. 

4. Lebih mudah diperolehi berbanding bulu haiwan lain. 


Bulu babi 

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (splits end). Bristle daripada wilayah Chungking, China, dikatakan adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat. 

Bulu kambing 

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir dan bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam 

Kaedah Pengesahan Produk Dari Bulu Babi 

Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengetahui dan mengesan kulit atau bulu babi adalah : 

1. Ujian bakar ; Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti rambut terbakar. 

 2. Ujian kelarutan ; Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida, kalau larut maknanya ada unsur haiwan dalam sampel. 

3. Rupa bentuk fizikal ; Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop, sama ada lubang itu tembus atau tidak. Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke dalam. 

Rujukan : https://halalpractice.wordpress.com/2012/11/30/tahukah-anda-kulit-atau-bulu-babi-yang-digunakan/ 

http://ashafashionstory.blogspot.my/2014/08/cara-mengenal-kulit-babi-pig-skin-ramai.html