Cerita Mat Terre.

Oleh : Roslan Ab. Hamid

CERITA MAMAT TERRE . 


Budak kampung Dendang, 12 batu dari Kota Bharu. Selalu lihat masa saya pergi jumpa Mak Saudara puluhan tahun dahulu. Masa itu Mat masih kecil. Suka berkecek itu dan ini. Masa kecil, deman panas. Itu Mak Saudara saya beritahu. 

10 tahun lepas, 2007, saya lihat di Kedai Nasi Che Hashim Kedai Ketereh.. Masa itu Mat Terre duduk meja sebelah. Dia guna telefon. Bercakap juta juta. Projek sana sini.

Isteri Cikpuan Ruzita Jaafar, tenung lama. Sebab Mat Terre cakap kuat berdegar degar. Projek puluh dan ratusan juta. Habis makan , Mat Terre datang ke meja saya dan kata, "Abe Lan. Minta pitih sepuluh rial mahu bayar nasi". 

Sambil hulur, hati kecil saya berkata, Mat telah ada "telefon". Mat Terre akan bercakap dengan sesiap sahaja. Telefon beliau "masuk air" tidak berfungsi. 

Samada tiada kredit atau rosak, saya tidak tahu. Dari berlegar dalam kedai ketereh Mat Terre masuk wilayah Kota Bharu. KB Mall lebih tepat. Usik promoter dan anak gadis yang bekerja di situ. Setiap kali jumpa mesti kena hulur rm10.

Mat Terre mula "kenal" YB KJ. Saban masa dia akan telefon YB KJ. Mat Terre telah jadi "Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang".

Mat Terre mula ikut Dato' Rosmadi, pemimpin UMNO Kota Bharu dan Pengurus TRW sekarang. Dato'Rosmadi, orang baik selalu belanja dan beri duit pada Mat Teree. . Luas pergaulan. Naik bas "free" ke KL. Lepak di PWTC. Kehidupan Mat Terre segalanya percuma.

Apa jua majlis rasmi dalam bahagian, ramai "dayang dayang: akan jaga Mat Terre. Bimbang dia serbu kerusi depan duduk sebelah Tan Seri Annuar Musa.

Sekali Terre, Sekali Bukit Bintang. . Mat suka kait diri dengan orang politik. Abam Azam Ketereh. Dato' Rosmadi, YB KJ, Dato' Hishamuddin. Tapi, Mat Terre sangat takut pada perkataan "POLIS MAHU TANGKAP".

Dato' Zaharin Mohd Yasin, sang kelembai pengulas politik mahsyor Malaysia kenal Mat Terre. Model terkenal cucu Tan Sri Nik Ahmad Kamil bangsawan Kelantan, Nik Nafisah Marini Kamil pernah posting gambar Mat Terre. 


Mat Terre telah lepasi satu daerah. OKU. Petah bercakap guna telefon "masuk air'. Di mana mana orang suka ambil video Mat Terre kupas isu.

Sehingga lah berjumpa titik temu. Saat penentu. . Mat Terre diperguna untuk tujuan "menyumpah" DYTM TMJ. Lelaki berbaju belang, pakai kacamata. Siapa? Mat Terre tak kenal. 

Beliau diambil sebagai "duta menjahanam keroh" lagi hubungan Bangsa Johor dengan Ore Klate. . Mat Terre ditahan reman. Ada report dari Johor. Polis bawa ke Johor. Mat Terre terkenal serata Malaysia. 

Budak OKU akan dihadap ke Mahkamah, sabitan kes Menghina TMJ dalam video yang diposting ke media sosial FB. . Bergeger seantero Malaya. 

6 hari Mat dalam lokap Kota Bharu dan Johor Bahru. Polis jalankan kerja. Ini kes bagi polis. Ini aniya bagi mereka yang kenal Mat Terre. .

Malam tadi Mat Terre dibawa menghadap ke Istana. Katanya makan malam bersama TMJ. Doakan ada penyudah baik pada hubungan Bangsa Johor dan Ore Klate. . 

Allah takdirkan sebaik cara. Mohd Zul Apis dari Kampung Dendang, Ketereh. Lebih dikenali sebagai Mat Terre telah berjaya masuk ke Istana dan makan malam bersama TMJ. Mat Terre telah sampai tahap "Menteri dan pembesar".

Allah angkat darjat Mat. Mat Terre pulang ke Kelantan naik kereta JRH 1. 

Share this :

Previous
Next Post »