t>

Breaking News

"Dulu Suruh Meniaga Sini, Dah Meniaga Elok-Elok Kena Halau, Kena Sita, Kena Saman, Apa Lagi Majlis Mahu?" - Baca Lah Luahan Peniaga Kecil Ini.

Oleh : Jean Francoise



Ramai yang tidak tahu bubur ayam macam mekdi, sudah agak lama "tido", cuma bergerak bila ada program sedekah bubur je.

Start musim hujan kelmarin, aku cuti, lagipun serabut dengan enforcement nak saman nak sita nak angkut nak bagai-bagai, pada kami peniaga jalanan yang kecik dan margin tak berapa sen ni, padahal aku tengok, pada masa yang sama, orang jual dvd cetak rompak, rilek je bukak kedai, jual dekat pasar malam, takda pulak kedai tu kena serbu dek majlis setiap minggu, kedai dvd pirate siap bukak dekat pasaraya besar lagi, molek ada je meniaga.

Bila kita cuba approach pihak berwajib pasal konsep carboot, dan option-option (beri cadangan), sepatah haram pon takmo dengar, jawapan mudah nya, tengok jam dan cakap "Oh saya ada janji nak jumpa orang bla bla bla, takpe la, awak meniaga dekat sekian-sekian tempat yang ada tu sementara ni, ok?".

Maka kami pon pacak kanopi, memula ok, tiada gangguan dari majlis penyamanan, cuma gangguan dari orang yang tak puas hati kenapa kami dapat tapak situ, siap pegi report, siap ugut nak report, siap mari gebang cakap itu tapak YUMNO (UMNO) yang punya bla bla bla, dalam pada tu, aku dah cari alternative lain, lokasi lain dan cuba ubah method operasi..

Dalam pada tu, kawan-kawan yang meniaga atas tapak tu, dah start kena ligan dengan majlis penyamanan, dan dah ada yang kena kompaun, dulu kasik meniaga, ni halau dan saman pulak, takda notis rasmi, cuma datang dan cakap, ni tapak, YUMNO (UMNO) yang dapat. Aku dapat tumpang seorang sahabat meniaga dekat satu kolej ayam kerajaan negeri punya, sebab apa ayam? Sebab miskin dan tak mampu bayar gaji staff..ok, abaikan.

Ok, meniaga, tiga minggu pertama, cun, ada untung, ada gaji sikit, masuk minggu seterusnya, dah start makan modal, kena topup modal, kena topup modal, last-last kering, tak balik modal, apa cerita ni? haa? mandrem ke? tak sedap? jual
harga mahal? kenapa?.


Sehingga bebelan ini ditulis, dua hari dah aku stop meniaga ni, memang takdak kapital (modal) dah nak go on, gila apa
menjual makan asyik kena topup modal nih.
 

Apa pun, projek bubur masih ON, kalau sesiapa nak sedekah, masih boleh, mcm biasa , cuma nya sekarang, kita tambah menu sikit la, ada bubur, ada spaghetti dan beberapa menu tambahan yang akan keluar atas request customer la.
 

Selalu jugak jumpa pelanggan Taman Tas dan bila mereka tanyakan pasal apa tak meniaga bubur dah , aku rasa sedih, sayang woo, nak bina base pelanggan setia, dah cantek, tinggal gitu je...