t>

Breaking News

Ini 4 Sebab Kenapa Mahathir Uturn Dan Setuju Dengan BRIM - Najib Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menggariskan empat sebab yang menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa membuat pusingan 180 darjah berhubung skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Walaupun tidak menyebut nama bekas perdana menteri itu sehingga perenggan akhir dalam posting di blognya, beliau sebaliknya, memilih untuk merujuk Mahathir sebagai "pemimpin lama".
Najib menjelaskan bahawa BR1M telah diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah supaya dapat meringankan beban sara hidup mereka tetapi seorang "pemimpin lama" telah menyatakan bantuan tersebut sebagai “dedak”.
“Namun, beberapa minggu kemudian, beliau membuat pusingan U dengan menyatakan bahawa beliau akan meneruskan BR1M sekiranya pembangkang dapat memerintah negara,” katanya.
Menurut Najib, kajian oleh penyelidik Bank Dunia dan Stanford membuktikan bahawa bantuan kewangan secara terus biasanya dibelanjakan secara berhemah seperti kebajikan keluarga dan bukan menyebabkan penerima bantuan menjadi malas seperti dakwaan Mahathir.
Kedua, beliau berkata bantuan kewangan seperti BR1M banyak dijalankan di negara-negara seluruh dunia, malah ia diperakui pakar-pakar ekonomi sebagai langkah pemangkin ekonomi.
Dalam sebab ketiga dan keempatnya, Najib sempat membidas Menteri Besar Selangor Datuk Serti Azmin Ali.
“Ketiga, rakan-rakan pembangkang pemimpin lama ini sendiri melaksanakan bantuan mirip BR1M seperti Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberi wang masuk sekolah untuk anak-anak Selangor dan Lim Guan Eng memberikan bantuan kewangan rakyat miskin di Pulau Pinang.
“Keempat, BR1M diberikan kepada golongan berpendapatan rendah tidak kira ideologi politik.
“Tidak pula kita suruh mereka undi BN, lainlah kupon Azmin Ali yang terdapat muka beliau pada kupon wang tersebut. Malah kerajaan negeri Selangor lah banyak memberi insentif wang.
“Jadi, disebabkan empat faktor inilah, pemimpin lama ini tiada pilihan lain selain membuat pusingan U dalam pendirian beliau dan kita semua tahu pusingan U yang dibuat oleh U-turn Mahathir ini bukanlah kali pertama,” katanya.

Sumber : Malaysiakini