t>

Breaking News

Jangan Pakaikan Bayi Dengan Bedak Talkum Kerana Berisiko Dapat Kanser Kata Doktor Ini - Nota Penting Buat Ibu-Bapa!

Oleh : Doktor Taufiq Razif

Bedak bayi boleh buat mati? 

Saya mengaku anak saya memang tak sewangi anak orang lain. Biarlah bau masam sikit pun takpe asalkan anak saya jauh daripada bedak talkum. Saya tak sanggup nak bagi anak saya tanggung risiko penyakit kanser! 

Korang pernah dengar kan kisah sebuah syarikat pengeluar bedak talkum terkemuka dunia diarah membayar RM 288 Juta kepada keluarga seorang wanita yang dah meninggal akibat kanser ovari. (Baca ini : Talcum Powder & Cancer). Wanita malang tu antara pengguna setia bedak talkum sejak daripada kecil tau. 

Syarikat tu didakwa menyorokkan fakta yang pengguna bedak talkum ni sebenarnya terdedah kepada risiko kanser ovari. Tu yang sampai kena saman beratus juta ringgit tu. 

Kalau ikut International Agency for Research on Cancer ( IARC ) pun mengatakan penggunaan bedak talkum pada bahagian kemaluan ( genital ) ada kemungkinan mengakibatkan kanser ovari. 

Kalau sapu bedak talkum kat bahagian muka anak la paling bahaya sebenarnya. Silap haribulan boleh keracunan ( talcum powder poisoning ) kalau anak kita terhidu masuk ke dalam salur pernafasannya! Bukan paru-paru je yang kena. 

Organ dalaman yang lain pun boleh efek tau. Kalau nak juga pakai bedak talkum pastikan :

+ simpan jauh jauh daripada capaian anak-anak 

+ jangan pakai dalam jangkamasa yang lama 

+ elakkan sapu pada bahagian kemaluan ( genital area ) lebih-lebih lagi pada bayi perempuan 

+ guna bila perlu sangat je 

+ kalau anak kita termakan bedak talkum tu cepat-cepat keluarkan daripada mulutnya dan bersihkan secepatnya tapi kalau dah termakan banyak sangat dan anak dah nampak makin lemah ( lethargy ) sila bawa anak ke hospital secepatnya 

+ jauhkan daripada anak yang menghidap asma 

Nasihat saya Taufiq Razif sebaiknya jangan pakaikan bedak pada bayi kecil kita semua ye. Banyak lagi alternatif di luar sana yang lebih selamat untuk bayi dan juga diri kita. 

Yang bukan bayi ( dewasa ) pun berisiko juga tau. Jangan lupa ingatkan saudara mara kita semua tentang risiko bedak talkum ni ye. Biarlah anak tak wangi pun, asalkan sihat walafiat :)