t>

Breaking News

Kantoi - Peniaga MLM Ini Berlagak Tayang Kereta Mewah Di FB Tetapi Rupa2nya Kereta Milik Orang Lain..

Berlagaknya dia.
Nak bisnes, nak cari orang, bisnes hebat, untung hebat, tayang kereta konon bukti kejayaan.

Peliknya, dia tayang kekayaan sendiri dengan menggunakan kereta yang dimiliki oleh orang lain, eh? Bukan bisnes untung juta-juta ke tu? Takan pinjam kereta orang untuk bergambar kot?
Hehe.
Lepas tu kantoi.

Dan kantoi, padam komen dan block pemilik kereta sebenar. Itu yang diakui sendiri oleh Kent Lee dalam menjawab pertanyaan netizens.
Bukan pertama kali menipu menggunakan kenderaan milik orang lain tau.

Ehh teruknya. Padahal azam nak buat bisnes untung 100 juta. Takan sampai letak gambar kereta orang lain? Berkat ke rezeki tu nanti?

Hehe.


Tak serik. Tak mengaku salah tau. Dia muka tebal la. Meskipun terbukti dah kantoi. Kalau tidak, takan sampai block dan padam komen yang menegur tentang pemilikan kereta-kereta mewah tu kot?
Walaupun berdepan dengan kritikan hebat dari netizen kerana mempergunakan kenderaan orang lain tanpa kebenaran bagi mempromosikan perniagaan MLM, lelaki yang menggunakan nama Firdaus Dazit tetap tidak mempedulikan kata-kata netizen.
Firdaus Dazit sebaliknya berterima kasih kepada pihak-pihak berkenaan yang telah membantu mempromosikan dirinya meskipun dari cara yang tidak beretika.
“Terima kasih sebab tolong promote saya. Makin ramai orang follow Facebook saya dan alhamdulillah rezeki saya berlumba-lumba masuk sejak semalam. Mohon viralkan saya lagi ye,” tulisnya di Facebook.
Dalam kenyataan yang sama, Firdaus juga turut menegaskan bahawa kereta GTR35 nombor pendaftaran JQY 8888 itu adalah miiknya.
“Itu memang kereta saya ye, boleh buat semakan di JPJ. Tak kuasa nak sewa atau pinjam kereta,” katanya lagi.

Hehe.

Satu je nak pesan. Meniaga cara menipu neh tak lama ye bang. Beringatlah sebelum jatuh terduduk kelak..