t>

Breaking News

Kapal Tentera Laut Myammar Dekati Kapal Misi Bantuan Untuk Rohingya.

Sebuah kapal tentera laut Myanmar mula mendekati Nautical Aliya 12.15 tengahari tadi (waktu Malaysia) selepas kapal flotila kemanusiaan dari Malaysia itu, memasuki perairan Myanmar, lapor Berita Harian tadi.
Nautical Aliya
Nautical Aliya
Kapal tentera laut itu sedang mengawasi kawasan perairan Myanmar dan memantau pergerakan kapal-kapal di kawasan itu.
Kapten Nautical Aliya, Mohd Firdaus Faisal Mohamed, berkata kapal tentera Myanmar itu menghubungi Nautical Aliya bagi pengesahan identiti kapal, memetik laporan itu.
"Kita kena tunggu arahan tentera laut Myanmar, mereka sedang periksa identiti kapal kita," katanya.
Nautical Aliya membawa 201 sukarelawan dan krew dengan 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan yang akan disalurkan kepada etnik Rohingya yang terjejas di Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.
Ketika ini, semua sukarelawan diarahkan berada di bilik atau mess room jika tentera laut Myanmar memeriksa kapal kemanusiaan itu.