t>

Breaking News

Lelaki Bakar Diri Dalam Tren Bawah Tanah - #Global

Satu kebakaran dalam tren di sebuah stesen kereta api bawah tanah paling sibuk ibu kota ketika waktu puncak hari ini mencederakan sekurang-kurangnya 11 orang. 


Polis mengesyaki seorang lelaki membakar diri, menurut penyiar awam RTHK. Tidak jelas motif lelaki terbabit. RTHK berkata, Unit Tindak Balas Anti-keganasan segera dihantar ke tempat kejadian. 

Dua penumpang berada dalam tren bawah tanah menyeberangi Victoria Harbour dan menuju ke daerah beli belah popular Tsim Sha Tsui memberitahu REUTERS, mereka secara tiba-tiba melihat banyak asap. 

Rakaman media online yang tidak dapat disahkan menunjukkan seorang lelaki membakar diri sambil disaksikan orang ramai. - Reuters