t>

Breaking News

Lelaki Terdesak Ini Datang Ke Masjid (SS19) Minta Bantuan Untuk Beli Beras Namun Ditolak Kerana Dia Bukan Penduduk Disitu - Wajarkah?

Laman sosial pada semalam hangat membincangkan tentang masalah kesusahan rakyat Malaysia berkaitan kewangan.

Antara yang viral semalam ialah kisah seorang lelaki yang telah meminta bantuan dari masjid dan pusat zakat setempat namun tidak berjaya dalam permohonannya sehingga perlu berkongsikan kesusahannya di laman sosial. 

Kisah berkenaan diceritakan semula oleh pengtwitter yang dikenali dengan nama Usop, yang mana didekati oleh individu yang bermasalah itu pada semalam. Kisah itu akhirnya mendapat simpati netizens dan warga maya beramai-ramai menghulurkan derma bagi menyatakan rasa simpati. Selain bantuan kewangan, lelaki itu juga ditawarkan peluang pekerjaan. 

Perkongsian Usop di laman sosial pada semalam menyaksikan netizens lebih cepat menyelesaikan masalah rakyat tertindas berbanding mengharapkan bantuan kerajaan yang selalunya disukarkan dengan karenah biokrasi. Malahan tak kurang juga yang mengkritik peranan Pusat Zakat dan mencemuh pihak pengurusan masjid.

Kisah Usop..

Tiba-tiba dia menangis..


Dah 3 bulan tak dapat gaji..
 

Datang masjid nak minta bantuan tetapi ditolak kerana bukan penduduk tetap kawasan..


Kutip duit syiling isi minyak motor nak mencari kerja..


Kalau jahat dah lama saya merompak bang..
 

 
Bagaimanapun, bukan semua netizens berpendapat bahawanya kesalahan harus diletakkan kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.


Dalam pengetahuan penulis sendiri, di kawasan penempatan penulis walaupun yang datang meminta bantuan itu adalah warga asing, AJK setempat akan menghulurkan bantuan. Meskipun ianya perlu dicatit. 

Pada pendapat penulis, ianya berbalik kepada peranan yang dimainkan oleh AJK masjid. Apabila anda melantik AJK yang betul, maka baiklah pengurusan satu-satu masjid itu, apabila AJK yang 'tak betul', malas dan tidak peka dilantik, maka bermasalahlah masjid itu. Sama seperti politik negara, politik di masjid juga bukan calang-calang ceritanya.

Ketika kisah ini hangat diviralkan, tampil juga beberapa kisah yang dikongsikan oleh netizens lainnya mengenai penderitaan sesetengah rakyat Malaysia yang berdepan dengan kesukaran hidup pada masa sekarang terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi yang tidak menentu ini.

Penulis kongsikan kisah-kisah tersebut di bawah ini untuk pengetahuan semua agar dalam pada kita bergembira beringatlah, masih ada yang susah di kalangan kita. Oleh itu jangan la pentingkan diri sendiri dan menyokong 'Barang Naik'.