t>

Breaking News

Peniaga Wanita Di Ugut Rogol : Ini Penjelasan Dari Peniaga Lelaki, Wanita Itu Bawa Samseng Serang Kami Dulu Katanya.

Sebelum ini viral satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki yang merupakan seorang peniaga memarahi seorang peniaga wanita dan mengugut untuk merogol wanita itu. 

Peniaga Ugut Rogol

Lelaki itu dikatakan marah kerana wanita itu menjual air minuman berdekatan tempat lelaki itu berniaga air minuman. Peniaga lelaki itu turut mengeluarkan perkataan-perkataan lucah yang lainnya bagi tujuan menakut-nakutkan peniaga wanita dalam rakaman yang tersebar sejak semalam.  

Kejadian itu dikatakan berlaku di Sri Damansara, berdekatan Lebuhraya LDP. Ia dipercayai dirakam oleh wanita yang menjadi mangsa kemarahan lelaki itu, yang juga ditemani seorang wanita lain dipercayai ibunya. Video itu pada awalnya ditularkan oleh page Isu Semasa sebelum viral di media sosial lainnya.

Selepas rakaman tersebut tular, individu yang mengugut dalam video berkenaan menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens. Malahan ada yang menggesa agar satu laporan polis dibuat supaya tindakan dapat diambil terhadap pengugut tersebut.

Pun begitu, menerusi akaun facebooknya, si pengugut mendakwa ada cerita lain disebalik kejadian yang netizens tidak tahu.

Dakwanya;

Salam kepada semua yang mengenali saya. Video yang telah pun diviralkan tu adalah saya. Cerita di sebalik kes ini adalah tidak betul. Saya tidak akan membabi buta menyerang orang tanpa sebab. Sebenarnya pihak dia telah menyerang kami dahulu dengan membawa gengster sehingga menyebabkan pelanggan kami lari kerana ketakutan. Kami telah mmbuat laporan polis dan kes ini telah pun selesai. Harap tiada lagi viral-viral yang tak sepatutnya seperti @isusemasameletup 

Lelaki yang menggunakan nama Pieyan Dark itu turut meninggalkankan komen di page Isu Semasa; 

Hai semua, dalam video itu adalah saya. Dalam (ruangan) komen ini semua tak tahu cerita sebenarnya. Mereka telah memanggil gengster menyerang kedai kami dan telah memaki hamun emak saya. Anak siapa yang boleh tahan tengok mak korang kena maki dalam ini. Tolonglah siasat dahulu. Sebenarnya aku gaduh dengan lelaki belakang perempuan itu tetapi perempuan itu yang langsi rakam salah aku saja. Come on guys, takkanlah aku nak serang orang tanpa sebab.
Pun begitu, penjelasan dan penafian dari peniaga lelaki itu tidak diterima dan dipercayai oleh rata-rata netizens yang mengikuti cerita tersebut.



Rakaman yang diharap dipadamkan oleh admin page tersebut tetap tidak dipadamkan malahan lebih ramai yang memilih untuk terus mengecam peniaga lelaki tersebut meskipun penjelasan telah diberikan. - Sozcyili