t>

Breaking News

#Perogol Selva Kini Di Malaysia - Selva Dilarang Masuk Sabah.

Selva kini di Malaysia. 


Wajah Terkini Selva
Bekas banduan Selva Kumar Subbiah hari ini selamat tiba di Malaysia selepas lebih 3 dekad di Kanada, selepas menghabiskan 24 tahun di sebuah penjara atas sabitan pelbagai jenayah seks dan peras ugut melibatkan berpuluh-puluh wanita. 

Selva, 56, diiringi 3 pegawai polis Kanada dan disambut abangnya, menurut salah seorang yang rapat dengan ahli keluarganya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. “Dia akan berada di Kuala Lumpur dan tidak pulang ke Pulau Pinang seperti diperkatakan sebelum ini,” lapor Free Malaysia Today pagi tadi. 
Laporan itu turut menyebut, Selva akan dikawal rapat sehingga ke rumahnya di Kuala Lumpur. Selva tiba dengan berpakaian jaket dan topi hitam jam 7.30 pagi tadi menaiki pesawat Qatar Air QR0488 dari Doha, selepas melakukan pertukaran penerbangan dari Kanada.

Sementara itu dalam perkembangan yang lain, lebih 20 petugas media berkumpul di Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak awal pagi bagi menunggu bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S Selva Kumar, 56. 

Selva Kumar, 56, yang berasal dari Pulau Pinang, dipenjarakan selepas didakwa melakukan serangan seksual ke atas hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak perempuan.

Tinjauan penulis di media sosial mendapati rata-rata netizens menunjukkan respon negatif di atas kepulangan Selva ke Malaysia. Bahkan ramai di kalangan mereka memuji langkah terbaru Sabah yang melarang Selva berkunjung ke negeri berkenaan. Sebilangan netizens mengharapkan agar negeri-negeri lain meniru langkah yang serupa. - Sozcyili.

-------------


Sabah keluar arahan larangan masuk Sabah terhadap Selva

Kerajaan Sabah tidak akan membenarkan perogol bersiri rakyat Malaysia, S Selva Kumar daripada memasuki negeri ini kerana dia dianggap sebagai individu berisiko tinggi. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata Selva Kumar tidak dialu-alukan di Sabah kerana dia berpotensi menimbulkan bahaya kepada orang ramai, terutama wanita dan kanak-kanak. 

"Kita tidak boleh mengambil risiko dan melindungi rakyat negeri ini. Arahan ini dikuatkuasakan serta-merta kepada Jabatan Imigresen Sabah, " katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.

Sumber : Berita Harian