Pesakit diberi Ubat PERCUMA tapi TIRUAN di Hospital & Klinik Kerajaan?!

Oleh : DrMahyuddin

Pesakit diberi Ubat PERCUMA tapi TIRUAN di Hospital & Klinik Kerajaan?!

Panas! Panas! Panas! 

Saya paling panas jika orang yang tak tahu hujung pangkal tapi bercakap macam tahu segalanya. Apatah lagi bila melibatkan profession kami di Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Buat ahli politik, sebenci mana pun anda dengan parti politik yang memerintah kerajaan sekarang, tidak perlulah anda buat tuduhan melulu terhadap perkhidmatan awam. 

Anda hanya menelanjangkan akal anda yang dangkal dan hati anda yang penuh kebencian. Kami, kakitangan awam bukannya berkhidmat kepada parti yang memerintah kerajaan tetapi kepada SPBY Di Pertuan Agong. 

Sekali lagi, BACA dan FIKIR sebelum anda buka mulut anda atau tulis sesuatu! Kata ahli politik ini, pesakit hanya perlu bayar seringgit di hospital kerana ubat yang diberi adalah UBAT TIRUAN dan TIDAK BERKUALITI! 

Apabila anda menuduh pesakit di hospital kerajaan diberi UBAT TIRUAN dan TIDAK BERKUALITI, ia adalah satu penghinaan ke atas kami, profession kami dan aspirasi kami bagi merawat pesakit kami dengan memberikan yang terbaik dari segi perkhidmatan, layanan, ubat-ubatan dan rawatan. 

Seolah-olah kami tidak memberikan ubat yang terbaik buat pesakit kami. Jika anda memberikan ubat tidak berkualiti adakah anda fikir pesakit boleh sembuh? Kami sentiasa melihat kembali pesakit kami semasa rondaan di wad dan semasa temujanji di klinik. Pesakit-pesakit kami yang mengambil ubat-ubatan yang dikatakan tiruan ini sembuh AlhamdulilLah. 

Bagi penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis pula, tekanan darah dan kadar gula mereka terkawal dengan ubat-ubatan yang dikatakan tiruan ini. Yang tidak akan terkawal ialah jika pesakit pergi makan pelbagai makanan tambahan kesihatan yang tumbuh macam cendawan sekarang ni. 

Bukan makin tambah sihat, makin tambah ubat adalah! Sebenarnya ada 2 kelas ubat secara umum. Ubat Brand-name dan Ubat Generik. Adakah ubat Generik tu ubat tiruan yang tidak berkualiti? Itulah sebabnya ayat Al-Quran yang pertama turun pun suruh kita membaca (Iqra'). Baca! Baca! Baca! 

Apakah ubat Brand-name dan Ubat Generik?  

Ubat brand-name ialah ubat yang pertama sekali dihasilkan bagi sesuatu penyakit. Ia perlu melalui pelbagai proses ujikaji di makmal, ujian klinikal ke atas binatang dan akhirnya ke atas manusia. 

Proses keseluruhan mengambil masa bertahun-tahun sebelum setiap jenis ubat dibenarkan bagi kegunaan rawatan. Bukannya macam banyak produk makanan tambahan yang ada di pasaran sekarang ni ye, bagai langit dengan bumi! 

Ubat Generik pula ditakrifkan sebagai pendua ubat Brand-name yang mempunyai fungsi, dos, kesan, kesan sampingan, laluan ubat (route), kekuatan dan keselamatan yang exactly sama dengan Brand-name ubat tersebut. 

Ia hanya dibenarkan untuk dihasilkan selepas tempoh patent Ubat Brand-name berakhir. Sebagai contoh, ubat kencing manis dengan nama Brand Glucophage mempunyai ubat Generik bernama metformin. 

Kami gunakan metformin secara meluas di hospital dan klinik dan ia berjaya mengawal bacaan gula pesakit. 

Pesakit darah tinggi lebih biasa memakan Ubat metoprolol, iaitu Ubat Generik bagi nama Brand Lopressor. Cara mengenalpasti samada sesuatu ubat itu brand atau generic adalah mudah sahaja. 

Ubat Brand name dimulakan dengan huruf besar (capital letter) manakala generic pula huruf kecil. Ubat Generik adalah jauh lebih murah berbanding ubat brand name. Ini adalah kerana ubat brand name adalah ubat yang pertama kali diperkenalkan dan perlu melalui pelbagai proses ujikaji, pembangunan dan pemasaran. 

Ubat Generik TIDAK perlu melalui proses penyelidikan dan pembangunan ini. FDA (Food and Drugs Authority) telah mensyaratkan ubat Generik perlu: 

1. Mempunyai kandungan active ingredients yang sama dengan brand-name 

2. Mempunyai profil keselamatan seperti ubat brand-name 

3. Memberikan keberkesanan yang sama dengan ubat brand-name 

4. Mempunyai indikasi, Dose, route, kekuatan, keaslian dan kualiti yang sama dengan ubat brand-name 

5. Dibuat dengan kawalan standard FDA yang ketat Murah TIDAK semestinya tidak bagus, mahal TIDAK bererti hebat. Ini adalah mentaliti negatif sebilangan rakyat Malaysia. 

Kesian anda yang berfikiran sebegini. Pathetic! Nasihat saya buat ahli politik ini, anda tanyalah Pengerusi parti anda yang juga seorang doktor yang bijaksana dan berpengalaman. Beliau pasti arif mengenai Ubat Generik ni. 

Paling win kalau anda boleh cuba makan metoprolol, kita tengok jantung beliau berhenti berdegup atau tidak. Kita boleh sama-sama pakat tengok betapa tidak berkualiti ubat Generik ni...

PS Post ini adalah post peribadi dan tiada kena mengena dengan dasar kementerian kesihatan Malaysia. 

Rujukan 

1. http://www.medicinenet.com/script/main/mobileart.asp?articlekey=46204&page=2

2. http://www.fda.gov/Drugs/ResourcesForYou/Consumers/QuestionsAnswers/ucm100100.htm

Share this :

Previous
Next Post »