t>

Breaking News

PKR Mahu Selva Dipenjarakan Sebaik Jejak Ke Malaysia Kerana Penjenayah Itu Belum Insaf.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa perogol bersiri Selva Kumar Subbiah ditangkap sebaik sahaja tiba di Malaysia.
"Selva perlu ditahan serta-merta apabila jejakkan kaki di Malaysia.
"Demi semua wanita dan kanak-kanak, lelaki ini harus dipenjara dan tidak dibenarkan untuk berkeliaran di jalan-jalan," katanya dalam kenyataan.
Gesaan Zuraida itu adalah susulan kenyataan Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie yang turut mencadangkan Selva, yang didapati bersalah lebih daripada dua dozen serangan seksual di Kanada, didakwa sekali lagi bagi kesalahan yang sama di Malaysia.
"Walaupun Selva telah dipenjarakan atas kesalahan yang pernah dilakukan di luar negara, dia juga perlu menghadapi pertuduhan dan sabitan yang sama di tanah air kita," jelasnya.
Tambah Zuraida, Selva tidak mendapat parol setelah didapati menjadi kejam dan terus mendapatkan gambar-gambar wanita dari penjara.
"Jika dia boleh memaksa wanita untuk menghantar gambar bogel walaupun dari penjara, tiada apa yang akan menghalang lelaki ini daripada melakukan lebih banyak kecelakaan.
Sumber : Malaysiakini