t>

Breaking News

#Tragedi8GengBasikal : Biar Mereka Menangis, Jangan Kita Yang Menangis - Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melawat keluarga dan waris mangsa membabitkan lapan remaja berbasikal yang maut dirempuh sebuah kereta di sini, Sabtu.


Baginda tiba di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di mana keluarga dan saudara mara mangsa sedang menunggu kira-kira pukul 11.15 pagi Sabtu.


Sultan Ibrahim yang tidak dapat menahan sebak bertitah kepada ibu bapa supaya memantau anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terbabit daripada insiden tidak diingini.

"Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka.

"Biar mereka menangis, jangan kita yang menangis.
"Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda," titah baginda.

Dalam kejadian itu, lapan remaja maut, lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah di sini kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.

Mereka yang terbunuh ialah pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan-jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.

Katanya, pemandu berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi di sini dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan.

Sumber : Mstar