t>

Breaking News

#TrumpBan Not #MuslimBan - Saya Muslim, Saya Malaysia Dan Kenapa Saya Sokong Tindakan Trump - Suatu Ulasan.

Oleh : Siti Aisyah 

Kenapa Aku Kata Trump Ban bukan Muslim Ban ( ni tulisan bukan budak IR. Jadi penulisan ni berdasar apa yang aku faham. Jadi bila kata apa aku faham ni maka mesti la tak sama macam kau faham. Sebab aku yang faham maka sukahati aku la nak tulis apa.) 



1) Senarai 7 negara yang ditandatangan Trump adalah senarai yang disemak untuk di ban oleh Obama dari 2011 lagi. Jadi Trump cuma melunaskan "wasiat" dari Obama. Tapi kenapa takde orang yang hentam Obama? Ok. Baca point no 2. 

2) Kalau nak faham tindakan Trump kena baca balik segala manifesto kempen dia dan ucapan penuh dia berkaitan polisi luar lepas jadi President tu. Jadinya takde la kau terkejut beruk bila keluar akhbar Trump sign "executive order" macam ban 7 negara yang kau kata Muslim ban tu. 

3) Dalam kempen dan ucapan dasar luar Trump jelas ada beberapa benda penting yang dia akan utamakan. Salah satunya adalah isu imigran dan pelarian. Media pada awalnya spin dengan letak tajuk macam "imigran will be deported from us under Trump policy". 

Dan aku nak bagitau korang bab baca tajuk tanpa baca full text ni bukan orang Malaysia ja punya peel tapi juga kebanyakan mat saleh yang ramai orang kita puja sampai nak terikut gaya barat tu pun sama. Kebanyakan kutuk Trump. Walhal bila aku baca jelas tertulis "imigran yang ada rekod jenayah berat seperti dadah dan teroris". Nampak tak bab media bangsat ni bukan kita je ada?.kahkah. 

4) Kalau kita baca banyak sumber kita boleh nampak antara strategi mega US bawah Trump sekarang adalah memerangi radikal Muslim. Kes 9/11 nampak jelas bagi kesan pada Trump bila sebab kes tu dia banyak menyalahkan Bush Clinton dan Obama ( yang kita kata pejuang hak asasi tu.kahhh) atas kesan pasca 9/11. Jadi dia rasa ancaman terbesar global harini adalah radikal Muslim. Jadi fokus dia adalah kat situ. Untuk dunia lebih aman. 

5) Dari tindakan Trump tu kita boleh nampak apasal Muslim je kena? Kristian pun ada teroris jugak. Ah ni tak lain mesti agenda freemason nak hapuskan umat Islam ni.(kata kak joyah yang kemain lantang kutuk Trump tapi muka kat surau nak nampak setahun sekali pun payah). Tidak. Sorry kak joyah. Ni bukan agenda freemason. 

Ya, Trump memang bias kepada penganut Kristian. Bukan dalam executive order je tapi benda tu ada jugak dalam dasar polisi luarnya. Tapi kalau baca balik executive order dia dan rujuk pada geopolitik Timur Tengah, sekatan ke atas 7 negara tu ada asasnya. 

6) Sebab setiap dari 7 buah negara tu lah lahirnya Muslim radikal yang tersendiri seperti Isis, Al Qaeda dan sebagainya. 6 buah yang lain kita tak heran. Sebab memang bergolak. Tapi awat Iran?. Takkan Trump pun anti syiah?. Tak bang mat. Sebab Iran selain memang sedia dah jadi kucing parsi yang dok bergaduh dengan bulldog Amerika, Trump pun kata akan teruskan sekatan nuklear, Iran tu juga ada Hezbollah yang memang dianggap Muslim radikal. Jadi masuk la senarai si kucing parsi tu. Meoww. 

7) Berpuluh kali Si Rambut Perang tu cakap yang perlu dilawan adalah Muslim radikal bukan Muslim keseluruhan. Bermakna kalau kau Muslim dan kau tak ambik port perang apa ni, kerja kau pergi pasar balik masak lepas tu makan tidur maka kau takkan kena kacau pun. 

Awat Trump apologetik dengan Kristian?. Sebab selain Kristian adalah minoriti di negara tersebut dan mungkin la sikap Trump yang pilih kasih (yela dalam family kita pun kita rasa kenkadang mak ayah pilih kasih ni pulak hal agama) jangan buat lupa Kristian adalah golongan tertindas di negara negara tersebut oleh ancaman Muslim radikal. 

Kalau teliti betul gerakan Muslim radikal di Timur Tengah ni yang jadi sasaran depa adalah gereja dan masyarakat Kristian. Secara halusnya depa ditindas walau jiran-jiran baik dengan depa. (Alah macam kita la. Kita elok jiran dengan jiran Kristian cina India tapi dalam masa sama ada ultra melayu yang dok tak berhenti cakap cina balik cina, lambang salib tak boleh tunjuk bla bla bla). 

8) Bab Trump islamophobia yang di canang kebanyakan Islamis ni kalau kau rujuk balik point no 7 kau akan dapati kemungkinan Trump bertindak macam tu berdasar apa yang di nampka nasib Kristian di negara-negara tersebut. Sebagai "protectionism" dan "isolatenism" Trump pasti bukan sekadar nak jaga rakyat dia tapi juga bersikap bias pada Kristian. 

Ehhh macam pernah tengok je benda ni. Kat negara Zimbabwe orang dok laung ketuanan melayu dan Islam tu? Sama tak?. Bab ni aku pelik dengan kebanyakan orang kita. Kat negara dia majority dia buli orang tak apa. 

Dia laung kata dia majoriti jadi kena hormat dia. Tapi kat negara dia minoriti bila majoriti buli dia mula la tuduh islamophobia la, Islam tertindas la, tanda kiamat la. .Masa wilayah dia buli minoriti dia diam. Tak apa. Bila dia kena buli macam keluar.drama sangattt. 

9) Dalam executive order tu takde satu pun yang sebut pasal Muslim ban. Melainkan yang ada dalam refugee ban dalam tempoh 120 hari (yang boleh dilanjutkan lagi jika perlu). Agenda halusnya adalah Muslim ban? Kalau Muslim ban mesti Trump keluar arahan Muslim dari negara lain pun tak boleh masuk US. 

Tapi tak. Pelarian dari negara tu ja dilarang masuk. Tapi kalau la kata ada juga Muslim dari negara lain dilarang masuk maka penyalahgunaan kuasa sedang berlaku dan tu la perlu ditentang. 

10) Jadi aku pelik kenapa boleh wujud gerakan di Malaysia dengan slogan #nomuslimban sedang hakikatnya bukan Muslim ban pun.Yang banyak sebar Muslim ban ni awalnya adalah media mainstream barat. Kalau korang perhati kebanyakan media barat ni bersifat anti Trump. Kebanyakan berita yang keluar pasal Trump ni buruk belaka. 

Seolah dia ni la dajjal yang baru keluar nak menyesatkan amerika. Takde satu yang baik. Jadi aku tertanya sejak bila orang kita insaf percaya pada media barat yang selama ni kita haram tak percaya bila dia dok sebar muslim adalah teroris, Isis ajaran Islam ni?. Takkan la hangpa baca tajuk dia kata trump ban Muslim hangpa terus tak cari dah sumber lain baca?. Atau cuba rujuk full speech dia?. 

11) Kalau kita kat Malaysia kita selalu di mainkan propaganda anti-establishment "apa yang media tulis baik pasal kerajaan tu kena faham (baca) secara terbalik (yakni buruk) dan apa yang di papar buruk pada pembangkang tu adalah baik. Kira suruh tabayyun dulu la ni. 

Tapi awat dalam bab ni ramai dari kita yang terus meloncat tanpa tabayyun dulu?. Atau cuba baca dari sumber pelbagai?.Bagus semangat nak pertahan hak minoriti di US (baca : negara bukan islam) tu tapi bila hak minoriti yang tertindas di negara Islam kenapa kita tak bangkit sama pertahan? 

Kalau betul kita pejuang hak asasi?. Sebab tu aku kata kempen #nomuslimban di Malaysia ni cuma satu political mileage. Nak tunjuk hero. Nak kata bersama pertahan Islam.Tapi kenapa tak berani bersuara pertahan hak minoriti tertindas di negara islam? Takut dikata anti Islam? Takut hilang undi?. (Pak Atan ada kucing nama dia bingo. B.I.N.G.O nama dia bingo.meow meoww). 

12) Disamping tu kita tak boleh nafi Trump fasis dan rasis. Tapi aku pun nak tanya apa ja beza kita dengan Trump?. Marah Trump halang imigran dan pelarian muslim masuk US. Tapi cuba la tanya kebanyakan orang kita berapa ramai yang boleh terima kalau pelarian bukan Islam dan imigran nak masuk negara kita? 

Tak dapat tak mesti ramai spesies kak joyah dan bang mat yang akan meroyan kata nak kristiankan melayu la macam kes holy water yang dari 2005 sama ja mesej berantai masuk email aku,agenda yahudi la freemason la. 

Sedangkan kerajaan nak bawa masuk pekerja asing pun kita kemain marah, pelaburan masuk kata jual negara pelaburan keluar dikata sebab rugikan negara. Walhal yang dok halang pekerja asing ni la yang lantang marah Trump halang imigran masuk US. Pada hal alasan sama ja. Takut peluang pekerjaan takde untuk orang tempatan bla bla bla. Tak sama ke?. Hmm boleh kemurungan aku kalau fikir serious kontradik logik akal cenggini. 

13) Masa lepas angkat sumpah kita boleh baca berita antara pemimpin dunia yang dihubungi Trump adalah Putin, President Russia yakni musuh US masa pentadbiran Obama. Seperti kita tau Trump ni orang bisnes. Background taikun.yang femes dengan series The Apprentice ( satu lagi aku kenal dia sebagai penaja pertandingan miss world dulu). Jadi apa kena mengena Trump otak bisnes dengan Russia?. 

Ha, kalau Obama tengok Russia ni sebagai musuh tapi Trump ni pulak tengok instead of an enemy dia nampak Russia ni sebagai peluang bisnes.Peluang buat duit. Yelah buat apa perang yang buang duit kalau boleh kawtim untuk buat duit?. Rugi mampus. 

Malahan ugutan Trump untuk tutup military base di negara macam Korea dan ancam untuk depa bayar kalau nak base tu terus ada di sana dan boleh diguna fasiliti nya tunjukkan perang bukan fokus utama Trump pun. 

Jadi ini memungkinkan untuk meminimakan kemungkinan perang berlaku. Dan Trump hanya berikrar untuk hapuskan teroris.Dan aku rasa ban list 7 negara tu adalah komitmen awal dia untuk perangi teroris dan elakkan perang. 

First selamatkan diri dulu ,dah selamat lepas tu baru tolong orang lain. Itu bukan pemikiran orang bisnes? ( orang Bisnes sila betulkan ni)..- Alah macam kita la. Fikir nak ke syurga untuk kita dan family je. Orang lain sukati la ke neraka pun. Janji kita selamat. 

14) Aku ada juga la terbaca hujah kenapa tak ban juga Arab Saudi UAE Kuwait yang ada juga senarai pengganas 9/11 ? Yang turut menaja keganasan di middle east?.Jawapan aku sebab Bisnes. Negara negara ni selain sekutu rapat US tapi juga adalah negara yang ada urusniaga besar dengan negara Uncle Sam tu (bukan Sam Bunkface). 

Si rambut perang tu bukan bodoh nak lepas yang besar sebab hal yang kecik. Otak dia fikir duit je. Macam kau la. Kau anti Kristian diMalaysia ni tapi kau ada kawan baik Kristian. Takkan kau nak putus kawan dengan dia semata sebab kau benci Kristian? Tambah dia tu pulak adalah orang yang tiaphari beli barang banyak kat kedai kau?. Janji duit dan untung kau pun buat buta dia Kristian yang kau anti kheenn?. 

15) 2 hari lepas aku ada share berita yang Kuwait turut ban 5 negara Islam lepas Trump ban 7. Apa niii? Takkan Kuwait negara Islam pun ban negara Islam? Mana braderhood? US ban boleh diterima lagi sebab negara jauh. 

Ni yang berjiran pun ban apa citaaa? Takkan Kuwait anti Islam kot? Salah satu negara yang di ban adalah Iran. Selain Syria yang di ban dari 2011 lagi. Ikut logik kak joyah dan bangmat tadi, Iran memang patut di ban. Sebab Syiah. Jadi ni kira sunni ban syiah la. Tapi apa orang Malaysia lain nak kata? US ban dah terlanjur kata Muslim ban. Ni sekali negara Islam pun ban? Macam mana? Ahh kata je lah #syiahban. Settle. 

16) kalau ada baca The Political Insider bertarikh 14 July 2015 (Google leee) ada laporan yang Norway DEPORTED 70,000 imigran dari negara tu. Aikk. Norway buat dulu? Ni mesti anak Trump sekolah kat Norway ni. Dia balik rumah ajaq pak dia balik suruh ban ni. Masa ni awat takde isu ban bun bom ni?. 

17) Kalau kita baca perangai Trump isu perang , komitmen perangi radikal ni boleh la ulang sejarah mirip salah satu Potus dulu. Woodrow Wilson. 

Dia tubuhkan League of Nations selepas Perang Dunia Pertama bagi menjaga keamanan dunia. Peranannya macam PBB. Lepas tu runtuh bila berlaku Perang Dunia Kedua dan diganti dengan PBB. Kalau tanya budak IR, gagasan ideologinya dipanggil sebagai Idealism yang hampir sama dengan Liberalisme tapi kontradik dengan Realisme. 

Tapi ideologi dia tak sesuai dia dah dengan pada hari ni. Sebab ideologi dia utopia.terlalu idealistik. Umpama macam nak tubuh Islamic state la. Idealisme bayang dunia tanpa nukler, permusuhan.  Contoh negara mesti fokus hapuskan kemiskinan bla bla bla. Tapi dengan dunia harini benda tu mustahil jadi. So, tak boleh jadi mungkin boleh kurangkan risiko. Kalau tanya aku yang aku reti makan popia je. 

18) Aku tulis panjang -panjang ni bukan sebab aku pro Trump pun. Selain aku gembira dia mansuhkan TPPA. Hehehe. Aku cuma hairan dengan kita yang bermentaliti minda tertawan yang dok bergantung kat US sangat nu kenapa? 

Yang obses sangat dengan US kenapa? Fokus semua pada US. Sebab orang macam kita la yang dok bagi legitimasi secara tak langsung untuk US berkuasa.jadi abanglong. 

Taiko besar. Shark, Tailong, Abanglong Fadhil, Malik. Ehh sorry termelalut. Kahkah. Sebab tu kita perlukan kuasa pengimbang macam China dan sekutu. Supaya bila US buat keputusan meroyan macam ni kita boleh harapkan kuasa besar lain. Ni semua kau tala kat US sebab tu la bila muncul polisi macam ni kau perangai macam baru kena cerai talak 3. 

19) Prinsip pertama rujuk dulu sumber rasmi. Laporan akhbar jadikan sumber sekunder atau kak joyah sebut sumber kedua. Sebab kebanyakan media yang ada ni bias dan tak natural pun. Jadi media cuma jadikan untuk analisis-analisis. 

Apa apa hal rujuk dulu dokumen rasmi. Tapi ni terpakai untuk isu yang melibatkan pembentukan polisi la macam Executive Order ni. Kalau isu isu mengejut macam berlaku revolusi ke apa, itu prinsip lain pulak. 

Yang penting, hadam prinsip pertama tu dulu . Jangan la kau ambik banyak-banyak sumber media dan kau lawan berdasar cakap media. Nanti kalau jadi kes macam Kuwait pulak makan diri nanti. Dari US Muslim ban kau nak tukar apa bila negara Islam pun ban negara Islam? Maaf aku tergelak. 

20) Lepas tu adalah akan kata terangkan la pasal full text executive order tu dah dari awal kemain petik lagi. Aku bercakap apa yang kecoh di Malaysia la iaitu hangpa fokus sangat Muslim ban dan imigran. Aku tulis yang tu ja la. Yang lain biar la budak IR yang tulis. Kang aku tulis semua kang takkan nak suruh budak IR tulis confession? Tak logik. Lagipun aku bukan budak IR yang perlu tulis semua sampai jadi thesis. Aku cuma tulis apa aku faham. Dan aku tulis. Apa yang kau faham isu ni sukati kau la nak tulis macammana. 

21) Lepas tu adalah lagi yang akan kata aku nak jadi acah bijak,acah intelektual, serba tahu. Ya la aku memang tulis setakat aku tahu pun. Sebab tu aku tulis guna bahasa pasar. Sebab akuu tau netizen ni lebih kurang aku la jugak. Terkial nak baca analysis intelektual. 

Jadi aku cuba mudahkan untuk share serba sikit aku faham. Nak tau lebih lanjut kena baca tulisan budak IR macam ahmad Muziru idham, Muhammad al-mahdi dan ayman rashdan Wong la. 

Yang rasa bijak dok mengutuk orang menulis tu patut menulis share dengan orang. Bukan setakat pandai mengutuk orang cuba share walau tak sepandai kau.Kurang boleh bagi juga manfaat untuk orang.Kau yang bijak tapi hanya tahu mengutuk baik menulis. Dah orang yang menulis kau kata acah bijak.