t>

Breaking News

Ais Tidak Menyebabkan Perut Buncit - Doktor Ini Sanggah Mitos Karut Tentang Pengambilan Ais.

Siapa kata minum ais akan menyebabkan perut buncit?

Nah, doktor ini menjawab beberapa salah faham masyarakat tentang mitos pengambilan air dan ais terhadap tubuh badan manusia.


1. Suhu air terus berubah kepada suhu badan selepas masuk ke dalam badan manusia.




2. Air sejuk tak boleh bergumpal dengan lemak dalam perut sebab air dah ikut suhu badan. Buncit kerana lebihan kalori la.




3.Air diserap terus ke usus dan masuk ke salur darah bukannya ke rahim oleh itu tak betul kata ais boleh sebabkan peranakan kembang.





4. Ais penyebab darah berketul adalah tuduhan karut. Ais juga tidak menyebabkan senggugut.




Sesetengah masyarakat apabila nak menjual sesuatu produk suka menyebarkan mitos yang karut-marut bagi melariskan produk jualan mereka. Sesetengahnya pula menggunakan unsur-unsur menakutkan orang ramai supaya orang ramai menjauhi 'bahan A' untuk beralih ke produknya. Moga kita tidak terpedaya dengan sebaran karut marut dari 'doktor-doktor express' ini.