Anak-Anak Perlu Mengenali Anggota Tubuh Dengan Nama Sebenar Bagi Mengelak Ganguan..

Oleh : Akhi Fairuz 

Gambar Oleh Google
Kau ajar anak mata di mana, telinga, dagu, pipi, perut, kaki, tangan, jari, kepala, rambut dan lain lain. Namun bilamana menyentuh bahagian peribadi (private part) anak anak, kenapa perlu ditukar namanya. 

Ada yang jadi pepet, burung, batang, bunga, dan nama nama lain lagi. Kenapa tidak terus diajar ini zakar atau penis, ini faraj atau vagina? Ajar dari kecil lagi seperti kita ajar anggota badan yang lain. 

Pengalaman aku berprogram bersama pelajar di sekolah, bila disebut tentang air mani, faraj, zakar, buah dada, para pelajar gelak gelak. 

Ada yang tertawa kelucuan sambil membayangkan bahagian berkenaan dalam fikiran. Ia bermula dari didikan rumahlah. Ibu ayah anggap bila sebut nama yang sebenar, bunyinya agak seksis dan lucah. 

Kawan kawan yang baik hati, samada kau orang sudah berkahwin, masih berkira kira untuk berkahwin, mencari calon atau apa jua status, tolong ubah pemikiran seperti ini. 

Jangan menutup ruang komunikasi anak anak dan ibu ayah. Bila ditutup, maka mereka akan cari sendiri melalui rakan rakan, internet dan video lucah. Jadikan ia komunikasi yang interaktif. 

Untuk anak anak yang bawah 3 tahun (atau lebih awal lagi) ajarkan ia nama sebenar bahagian badannya ini. Perbualan bersama anak ini harus berlangsung dengan harmoni dan informatif. No lucah lucah. Bila melepasi usia 3 tahun, ajarkan pula bahagian badan mana yang tidak boleh disentuh oleh individu asing atau yang dikenali. 

Sebut padanya, bibir, dada, punggung, vagina atau penis jangan disentuh oleh orang lain. Bila anak menginjak usianya, mereka tak akan pelik bila kawan kawan di sekolah sembang tentang seks, faraj, penis. 

Mereka akan kata dalam hati "Oh, yang ini bapak aku dah cerita." Nampak tak? Anak anak sudah tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Mereka sudah dapat info yang tepat dari mak ayah. 

Seminar Jenayah Seksual Kanak Kanak, Hentikan! yang berlangsung di PWTC semalam dan hari ini mendedahkan kekeliruan di kalangan kanak kanak bilamana mereka tidak diajar nama yang sebenar bahagian berkenaan. 

Jadi, bila berlaku kes kes pencabulan kanak kanak, sumbang mahram dan yang berkaitan, sukar untuk pihak D11 PDRM, hospital dan lain lain untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pelaku. Ye lah, si mangsa tak tahu nak terang bagaimana. Yang dia tahu, 'bunga' nya sakit sebab ada 'burung' masuk. 

Kawan kawan yang baik, Yang beragama Islam, seawal usia anak anak harus kita tanamkan pemahaman untuk menutup aurat. 

Aurat bukan sekadar ditutup, tapi dipelihara, dijaga, bahkan sanggup mempertahankan ia walau apa jua yang berlaku. Untuk rakan rakan agama yang lain, saya yakin mana mana agama anjurkan penganutnya berpakaian yang baik dan melihara maruah diri dan keluarga. 

Sama sama kita bina keluarga dan masyarakat kita. Apa apapun, aku ucapkan tahniah kepada pihak R Age yang mengusahakan Predator In My Phone. Sebab kau orang, seminar ini dilangsungkan pada hari ini. 

Positifnya, setiap pihak berkuasa dan berautoriti dalam negara nampak kelompongan dalam sistem pendidikan, kekeluargaan, akta, undang undang dan sedia untuk memperbaikinya. I hope so. Aku harap ianya berterusan dan membumi hingga ke bawah. 

Inshaallah, kami di pihak Anda Bijak Jauhi Zina - Raudhatus Sakinah sedia membantu. Inshaallah. Takdir tuan tuan.

Share this :

Previous
Next Post »