t>

Breaking News

Auntie, Auntie Dah Salah Faham - Ini Respon Ustaz Fathul Terhadap Jawapan Balas Siti Kasim & Asiah Berhubung Isu Zakir Naik.

Sebelum ini Ustaz Fathul Bari mempelawa Siti Kasim dan Asiah Abd Jalil bagi bertemu dengan Ustaz Zakir Naik untuk membincangkan beberapa dakwaan mereka berdua terhadap tokoh tersohor berkenaan. 

Ini berikutan Siti Kasim dan Asiah Abd Jalil adalah antara 19 individu yang telah menfailkan tindakan saman terhadap kerajaan bagi mencabar kerajaan berhubung isu ceramah Zakir Naik di Malaysia dan pemberian status PR namun menurut maklumat yang penulis terima, isu berkenaan status PR masih lagi dalam peringkat perbincangan dan belum ada keputusan yang muktamad.

Manakala isu ceramah, hujah mereka lebih bersifat manipulative. Dakwaan Zakir Naik menyokong keganasan dan menjadi ancaman keselamatan negara masih dalam peringkat samar-samar.

Cadangan perjumpaan di antara ketiga-tiga individu itu juga mendapat respon positif dari Zakir Naik malahan Sinar Harian bersedia menjadi platform bagi menemukan ketiga-tiganya di atas satu forum bagi satu perbincangan yang sihat dan saksama.

Namun Asiah dan Siti Kasim menolak pelawaan tersebut.

Baca : Taknak Jumpa Zakir Naik - Ini Respon Asiah

Berikut di bawah merupakan jawapan balas dari pihak Siti Kasim berhubung isu perjumpaan tersebut.


Berikut pula respon segera UFB terhadap kenyataan Siti Kasim.

AUNTIE SITI KASSIM SALAH FAHAM 

1. Berulangkali saya sebutkan dalam kenyataan saya bahawa saya boleh aturkan PERTEMUAN Auntie dgn Dr Zakir Naik. PERTEMUAN bukan PERDEBATAN. Cuma, setelah bertemu terpulanglah kepada Auntie samada nak dialog ka, nak tanya soalan ka, nak debat ka. Its up to you Auntie. 

 2. Auntie tanya kenapa saya pilih 2 orang sahaja daripada 19 orang aktivis. Di sini jawapan saya : 

a. Sebab Auntie dan akak Asiah Jalil adalah muslimah. Kalau ada lagi muslim atau muslimah dari kalangan 19 tu, sila datang sekali. 

b. Sebab Auntie dan akak Asiah popular lagi terkenal. 

c. Sebab saya difahamkan Auntie dan akak Asiah Jalil adalah lawyer yang hebat. 

3. Auntie, sabda Nabi Muhammad SAW: "Bukanlah dari kalangan kami, orang yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengbormati org tua." Berdasarkan hadis ini, saya memberikan jaminan kepada Auntie dan akak Asiah Jalil bahawa TIDAK akan ada sebarang penindasan hak bersuara di hadapan Dr Zakir apatah lagi pembulian. In sya Allah saya akan pastikan Auntie dan akak Asiah ditemani oleh muslimah2 yang berakhlak tinggi. 

4. Auntie kata "buang masa" mengadakan pertemuan ini. Adakah ketika Auntie membuat tuduhan tidak berasas kepada Dr Zakir Naik itu dikira memanfaatkan masa? Bagi saya itu tidak "fair" Auntie. Bahkan menyanggahi prinsip human rights yang Auntir perjuangkan. Auntie seolah2 tak nak beri ruang untuk Dr Zakir mempertahankan diri beliau. 

5. Auntie, akak Asiah sendiri dan sebilangan kecil pengikut Auntie pernahkah bertemu dan berbincang secara harmoni dgn Dr Zakir Naik? Wallaahualam. Jika pernah, alhamdulillah, tetapi jika tidak pernah, malulah Auntie kerana Auntie sanggup duduk bersama Hindraf serta berbincang penuh mesra dgn mereka, tetapi Auntie dan akak Asiah langsung tak nak kasi ruang untuk berbincang mesra dengan Dr Zakir Naik. 

6. Next time, kalau Auntie nak nyatakan tidak setuju atau bantahan, Auntie tak perlulah keluarkan kata2 yg tidak baik. Melabelkan orang sebagai bodoh, keldai, tak sedar diri; tak baik tu Auntie. Silakan membantah tapi jaga akhlak. 

7. "Sub judice" punya isu, apa hubungkait saman Auntie terhadap kerajaan dengan pertemuan Dr Zakir Naik serta implikasi undang2. Saya berpendapat tiada isu Auntie. Bahkan jika pertemuan dilaksanakan dgn berhemah serta harmoni, in sya Allah kebaikannya lebih besar. 

Wallaahua'lam

Nota : Artikel ini menyunting beberapa ejaan dari petikan asal UFB bagi tujuan sebaran.