t>

Breaking News

Baliklah Abah, Saya Tiada Masa Nak Jaga Kamu - Dibuang Anak, Pakcik Ini Mendapat Simpati Netizens.

Kisah seorang pakcik yang disuruh pulang oleh anaknya kerana anaknya tiada masa untuk menjaga makan dan minum bapanya menarik simpati netizens.

Kisah yang dikongsikan di laman sosial FB itu tular kerana netizens mengecam tindakan anak yang tidak bertanggungjawab terhadap orang tuanya sendiri.


Menurut individu yang berkongsikan gambar ini, pakcik dalam gambar berkecil hati pada anaknya kerana disuruh pulang ke kampung (Tampin) kerana anaknya tiada masa untuk menjaga dirinya lagipun anaknya mahukan privacy dengan keluarganya sendiri dan mahu bapanya pulang ke Tampin supaya mereka sekeluarga boleh habiskan masa bersama.

Di hantar ke KTM Kajang oleh anaknya sendiri pakcik ini akhirnya meluahkan yang terbuku dalam perasaan selepas ditanyakan oleh seorang penumpang di gerabak yang sama.

Kisah yang dikongsikan ini lantas mencetuskan kemarahan netizens di laman sosial. Kebanyakan dari mereka memilih untuk mengecam tindakan si anak dan menyifatkan ia sebagai satu sikap yang tidak bertanggungjawab.



Walaubagaimanapun masih ada yang bersangka baik. Menurut Shahiza, netizens tidak sepatutnya terus mempercayai semua cerita yang disebarkan di laman sosial. Keadaan kesihatan pakcik itu perlu dipastikan kerana pesakit Alzheimer juga akan mengalami halusinasi dan bersangka yang bukan-bukan.

Namun netizens mempertahankan tindakan mengecam anak kepada pakcik tersebut. Menurut mereka, jika benar pakcik itu pengidap Alzheimer, wajarkah anaknya meninggalkan bapanya seorang diri untuk pulang ke rumah? Bukankah bapanya perlukan penjagaan khas dan tidak dibiarkan tinggal sendirian? Jelas anaknya tidak bertanggungjawab, kecam netizens!

Kapitan Khairul juga turut mempertikaikan sikap netizens yang terlalu mudah mempercayai apa yang disebarkan di laman sosial.

"Sekarang neh dah periksa ke keadaan kesihatan pakcik tu? Kalau dementia ke masalah ingatan ke orang yang dementia simpton dia memang suka meracau yang bukan-bukan.

Lepas tu ambil la sekali detail pakcik tu. Hantar balik terus dah snap gambar, up dalam WhatsApp lepas tu kau relaks je. Tolong la bawa pakcik tu ke mana hala tuju dia. Itu sahaja yang kau mampu selain up dari cerita yang kau tak tahu betul ke tidak??", katanya. 

Samada kisah yang dikongsikan oleh pakcik itu benar atau tidak, marilah kita tidak menjadi anak-anak yang menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa sendiri. - Sozcyili